Isnin, 27 Jun 2011

:: Aina Yang Terluka ::

Assalamualaikum semua.. Kejadian ni dah beberapa hari berlaku, namun baru hari ni saya berkesempatan untuk update kisahnya kat sini. Actually, bukan terluka je tapi kemalangan yang tak diduga telah menimpa aina pada beberapa hari yang lepas. 

Pada petang khamis yang lepas, sedang saya bersolat asar aina masuk ke dalam bilik dan bermain2 di atas katil. Saya nampak dia berdiri, sebab katil tu betul2 di depan saya. Sedang saya masuk rakaat kedua tetiba aina jatuh dan terhantuk ke meja solek yang terletak betul2 di tepi katil. Sebaik melihat aina jatuh sepantas kilat ler saya berlari dan mengangkatnya. Sebaik je saya angkat, membuak2 darah mengalir keluar dari dahi aina yang terkoyak. Ya ampuunnn!!! Giler tak takut?? Takutnya saya waktu tu, sepantas kilat tangan saya mencapai kain tuala yang terletak di tepi katil dan menekup luka aina yang kelihatannya sangat dalam. Suami saya pulak belum balik kerja, dalam kepala saya pulak hanya ingat kat jiran sebelah je...

Kami dihantar ke hospital oleh jiran, dalam perjalanan tu terasa lama yang amat nak sampai ke hospital sedangkan aina pulak tak berhenti-henti menangis. Sambil tu sempat saya menelefon suami menyuruhnya menunggu kami di hospital. Sebaik tiba dihospital, suami dah sedia menunggu di unit kecemasan. Melihat kelibat si suami terasa sedikit lega...

Lama menunggu, setelah diperiksa dan menjalani x-ray akhirnya aina dijahit 3 jahitan didahinya. Syukur jugak ujian imbasan tak menunjukkan apa2 masalah. 3hari berlalu, luka pun dah kering tiba2 semalam dia jatuh tersembam semasa berlari2 nak mendapatkan ayahnya.. Dah lukanya kembali berdarah dan kelihatan bengkak dan pagi tadi bengkak itu semakin merebak di sekitar batang hidung dan matanya. Aduhaii itu anak, sikit pun tak duduk diam...

Kebetulan pagi tadi ada temujanji dengan PAED, malangnya yang saya temui hanyalah doktor pelatih. Huh!!! Apa pun tak boley!!




foto hari ini, sedikit bengkak antara hidung dan matanya di sebelah kanan


Jumaat, 27 Mei 2011

** Nasik goreng hari-hari.. **

Aina memang sangat2 bermasalah darisegi pemakanan dan juga berat badan. Bagilah apapun yang sedap2, semuanya ditolak mentah2. Kadangkala bila saya paksa jugak dia makan alamatnya berteraburlah dia muntah.  Yang dia makan hanyalah makanan rutinnya iaitu bijirin bayi, roti, mee dan makanan ringan seperti keropok ikan (keropok terengganu) atau maruku yg rangup2 tu dia suka la. Susu langsung tak minum sejak dia berhenti menyusu badan ni, minuman dia hari2 hanyalah air putih. Dah tentulah saya risau, usianya makin meningkat namun berat badan masih di tahap bawah garisan kuning!!

Namun, semasa pulang bercuti ke kampung 3 minggu lalu... dia sudah mula nak makan nasik. Tapi bukan nasik putih tapi nasik goreng yang bukan berwarna putih. Gembiranya hati saya, maka bermulalah rutin saya hari2 ~ masak nasik goreng siap letak ikan, telur, sayur.. Itulah makanan utama dia sekarang setiap hari 3x sehari. Harap2 lepas ni berat badan aina akan bertambah la... :)))

gambar ihsan : pakcik goggle ler..

Isnin, 28 Mac 2011

~ Rindu Laa... ~

Salam semua...
Aisey... lama pulak saya tinggalkan blog yang banyak berjasa ni kan... Apa kabar semua? Hmmm tak tau lah kenapa masa untuk berblog tu amat2lah terhad, forum pun dh lama tak jenguk, kat fb pun saya dah jarang2 online sekarang ni... Banyak betul perkara yang terjadi dalam hidup saya sepanjang saya menyepikan diri ni sampai tak tahu nak cerita yang mana satu. Tapi sekarang ni macam rindu pulak nak berblog balik...

Oh ye!! Aina baru je keluar wad minggu lepas. Seminggu sebelum tu dia dah terlantar kat rumah kerana demam dan cirit birit. Kebetulan pulak masa tu ayahnya outstation ke JB selama 3 hari. Adoiii sib baiklah ada jiran sebelah rumah yang prihatin. Pastu demam dia makin melarat pulak sampaikan saya terpaksalah antar dia ke hospital. Now dah beberapa hari kat rumah, saya pulak dilanda demam dan sakit tekak yang kronik. Masuk ni dah 3 hari dah sakit tekak ni tak baik2, lagi sakit adalah. Tapi alhamdulillah, demam dah pun beransur sembuh. Merasalah jugak kena inject 1 jarum kat klinik semalam. Tapi alahaiii... tetiba pulak arini aina dilanda selsema dan batuk2... aduhaiiii macam2 dugaan kan... 

Sejak2 hampir 2 minggu aina tak sihat ni, aina asyik monyok je.. tak ceria dah macam dulu. Maybe semangat dia belum pulih sepenuhnya kot. Yelah, masa kat hospital haritu aina kesakitan dan ketakutan kerana asyik kena amik darah dan kena cucuk antibiotik. Dia seakan serik nampaknya. Makan pun dah tak berapa nak, nak nestum je. Makanan lain dia taknak pulak dan beratnya dah susut 1kg pun. Asyik nanes2 je kat hospital, bukak mata je nangis.. bukak mata je nangis sampai keletihan... Lagi2 kalau si baju putih tu datang dekat, lagiler galak dia melalak. Sian kan? sampai saya pun rasa serik... Dah lah tak cukup rest, lagilah tension je...  :)

Banyak lagi ni saya nak bercerita tapi satu2 la yek, kang bercelaru pulak post ni.. Oklah, see u olls nanti ye.. Take care semua...

tertido juga akhirnya...