Isnin, 27 Jun 2011

:: Aina Yang Terluka ::

Assalamualaikum semua.. Kejadian ni dah beberapa hari berlaku, namun baru hari ni saya berkesempatan untuk update kisahnya kat sini. Actually, bukan terluka je tapi kemalangan yang tak diduga telah menimpa aina pada beberapa hari yang lepas. 

Pada petang khamis yang lepas, sedang saya bersolat asar aina masuk ke dalam bilik dan bermain2 di atas katil. Saya nampak dia berdiri, sebab katil tu betul2 di depan saya. Sedang saya masuk rakaat kedua tetiba aina jatuh dan terhantuk ke meja solek yang terletak betul2 di tepi katil. Sebaik melihat aina jatuh sepantas kilat ler saya berlari dan mengangkatnya. Sebaik je saya angkat, membuak2 darah mengalir keluar dari dahi aina yang terkoyak. Ya ampuunnn!!! Giler tak takut?? Takutnya saya waktu tu, sepantas kilat tangan saya mencapai kain tuala yang terletak di tepi katil dan menekup luka aina yang kelihatannya sangat dalam. Suami saya pulak belum balik kerja, dalam kepala saya pulak hanya ingat kat jiran sebelah je...

Kami dihantar ke hospital oleh jiran, dalam perjalanan tu terasa lama yang amat nak sampai ke hospital sedangkan aina pulak tak berhenti-henti menangis. Sambil tu sempat saya menelefon suami menyuruhnya menunggu kami di hospital. Sebaik tiba dihospital, suami dah sedia menunggu di unit kecemasan. Melihat kelibat si suami terasa sedikit lega...

Lama menunggu, setelah diperiksa dan menjalani x-ray akhirnya aina dijahit 3 jahitan didahinya. Syukur jugak ujian imbasan tak menunjukkan apa2 masalah. 3hari berlalu, luka pun dah kering tiba2 semalam dia jatuh tersembam semasa berlari2 nak mendapatkan ayahnya.. Dah lukanya kembali berdarah dan kelihatan bengkak dan pagi tadi bengkak itu semakin merebak di sekitar batang hidung dan matanya. Aduhaii itu anak, sikit pun tak duduk diam...

Kebetulan pagi tadi ada temujanji dengan PAED, malangnya yang saya temui hanyalah doktor pelatih. Huh!!! Apa pun tak boley!!




foto hari ini, sedikit bengkak antara hidung dan matanya di sebelah kanan


10 ulasan:

noorshafila berkata...

Kesiannya Aina, semoga luka dan bengkak cepat sembuh ye sayang.

zura_habib berkata...

aduh sakitnya tgk...hrp2 cepat sembuh luka aina tu...

Sueriani Ali berkata...

noorshafila,
thanks.. esok br nak gi buka jahitan tu..

Zura,
thanks.. memang sakit..

Murni Delights berkata...

kak sueriani dalam nyer luke aina..takut vill tgok..cian dia..

mazz berkata...

kesiannya aina!
semoga cepat sembuh ye..

Aku Ibu Muda berkata...

anak sulung saya pon pernah jatuh macam ni..ms umur 1 thn...sampai sekarang berbekas di kening...sebab jahit kan...

Sueriani Ali berkata...

vil..akak lagi la takut, seriau pun ada tapi sib baik tak panik ..

Kak Mazz,
thanks kak, alhamdulillah lukanya dh sembuh cuma parut tu tak ilang la..

ibu muda..
takpelah berparut pun, yg penting dia sembuh. skrg ni ngah sapukan gel mederma tu, harap2 parut dia tu tak brp nampak la nanti..

farishahfashion berkata...

Dari Nurza Shah,

Salam, baru sempat baca... takutnya tengok.. mesti panik sangat kan. Saya doakan semoga aina cepat sembuh spt sediakala.. baru jadi follower. follow me back k. http://muhammadshahputra.blogspot.com
http://farishahfashion.blogspot.com/

Fieza berkata...

salam...ya allah kesiannyer...semoga cpt sembuh yer...baru follow, follow me back yer...
http://mystorymory2u.blogspot.com/...tQ

Siti_btp berkata...

salam...kesiannya akak tengok..
Akak ada 3 anak istimewa..
Sama2 kita kongsi pengalaman ye!


://suarahatidanceritaku.blogspot.com/..