Memaparkan catatan dengan label KAMPUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAMPUNG. Papar semua catatan

Khamis, 1 Julai 2010

~ SEr0nokNYa BAliK KAMpunG pARt II~

Kalau dah namanya balik kampung, tak sah rasanya kalau takde aktiviti makan-makan ke, mandi manda ke atau berkumpul sesama adik beradik dan anak2 saudara. Nilah masanya nak mengeratkan silaturahim antara kitaorang semua...


Pantai Rantau Petronas, Kerteh/Kemasek


gara2 saya nak makan kerang bakar je, 
jadilah BBQ daging buger, sosej dan kepak ayam...

antara barisan yang memperabihkan makanan...

nak tak keropok ni??

ADA AKU KESAH? yg penting Zzzzzzzz...

ada dugong yang terdampar...
hehehe...

pun taknak lepaskan peluang bermain air...

~ S E K I A N ~


Ahad, 2 Mei 2010

~BALik KAMpung PArt II~

Sepanjang berada di kampung, kami hanya sempat berkunjung ke pantai Kemasek sahaja. 
Pantai Kemasek ni baru je dinaiktaraf dan diberi nafas baru. 
Tak jauh pun dari rumah mak,  tak sampai 10 minit pun naik kereta. 
Kampung saya ni memang terletak berhampiran pantai, 
boleh dikatakan kami selalu berkelah dan bermandian di tepian pantai...
mari kita nikmati beberapa pic yang sempat saya rakam...

dekat je dengan jalan besar

batu besar ni trademark of Pantai Kemasek

airnya yang hijau kebiruan dan ombak yang memutih...
aina cukup suka bermain air, siap duduk lagi dalam air..
dahlah saya tak bawak aina punya baju spare masa ni...

pose istimewa dari aina

senja di ufuk timur...
masa ni air semakin surut...
pendek kata, kalau nak bercuti di tepian pantai..
takyah gi jauh2, balik kampung je...
save bajet..


Sabtu, 1 Mei 2010

~BALik KAMpung PArt I~

Agak lama saya tak update blog rupanya...
Sebenarnya saya ketandusan idea dan takde apa2 yang menarik
yang boleh saya kongsikan untuk tatapan teman2 semua...

Berbalik pada tajuk asal, sebenarnya minggu lepas saya balik Terengganu...
Seminggu jugaklah saya disana...
Baru semalam balik melaka...
Puas makan laksa kuah putih dan buah gajus masak lemak..
Mesti ramai yang tak pernah dengar, kan?
Suami saya pun pelik... ada ke buah gajus masak lemak??
Ada, masakan orang kampung...
Terlupa pulak nak snap gambar...
Sepanjang di kampung saya asyik makan aje...
Berat badan pun makin menimbun sekarang ni...
hehehe...
Cuaca dikampung agak panas, malam pun panas...
Tak macam biasa, rumah kayu malam biasanya sejuk...
Tapi kali ni, malam pun terasa bahangnya...
Nak keluar berjalan pun malas...
Akhirnya memerap aje dirumah, tapi seronok...
Rasa macam tak puas je berada dikampung...
Aina pun seronok je, yelah ramai yang melayan...
Oh ye, aina sekarang semakin lasak, dah tak boleh duduk diam...
Dia sekarang dah boleh meniti dari kerusi ke dinding, sampai ke dalam bilik
Tapi saya sentiasa mengawasinya, bimbang kalau2 aina jatuh terlentang...
Aina cukup suka bermain bola dan menonton video klip pelajar2 AF
Paling dia suka, naik kereta... tak tido pun takpe asal dapat keluar...
Kalau satu hari tak dapat berjalan, bukan main gelisah lagi dia...
Panjanglah pulak entry kali ni...
Okeylah, cukup dulu setakat ni...
Bersambung lagi pada entry akan datang...
aina kat umah mak, masa ni umur dia 1 tahun 3 bulan