Ahad, 2 Mei 2010

~BALik KAMpung PArt II~

Sepanjang berada di kampung, kami hanya sempat berkunjung ke pantai Kemasek sahaja. 
Pantai Kemasek ni baru je dinaiktaraf dan diberi nafas baru. 
Tak jauh pun dari rumah mak,  tak sampai 10 minit pun naik kereta. 
Kampung saya ni memang terletak berhampiran pantai, 
boleh dikatakan kami selalu berkelah dan bermandian di tepian pantai...
mari kita nikmati beberapa pic yang sempat saya rakam...

dekat je dengan jalan besar

batu besar ni trademark of Pantai Kemasek

airnya yang hijau kebiruan dan ombak yang memutih...
aina cukup suka bermain air, siap duduk lagi dalam air..
dahlah saya tak bawak aina punya baju spare masa ni...

pose istimewa dari aina

senja di ufuk timur...
masa ni air semakin surut...
pendek kata, kalau nak bercuti di tepian pantai..
takyah gi jauh2, balik kampung je...
save bajet..


3 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

wow sangat cantik.....
nampak bersih tempat sekitar pantai ni kan.... air pyn nampak jernih...

saSha a.K.a MumYalya berkata...

cantik..kenapa ek masa pergi terengganu tak jumpa ini pantai?dekat dgn kuala terengganu ke kak?

Sueriani Ali berkata...

Lady,
Pantainya sangat bersih dan airnya pun jernih. Rasa damai dan tenteram je bila berada di sana...

saSha,
Pantai ni terletak di jalan utama K.Terengganu-Kuantan, dekat dengan Awana Kijal. Klu dari K.Trg lebih kurang 2 jam perjalanan dan 1 jam 1/2 dari kuantan..