Semalam sempat aku bertanya khabar dengan seorang teman lama yang berada di bumi Kuwait, rupanya dia sedang bertarung dengan alahan yang teruk. Baru hamil 2 bulan tapi asyik keluar masuk hospital aje, sudahlah jauh dari ibu dan keluarga tersayang. Walaupun ini adalah kandungannya yang ketiga, tentu sukar untuk melaluinya tanpa sokongan keluarga terutama sekali ibu tercinta, kan? Walaupun simpati namun aku tumpang gembira kerana rezekinya sentiasa murah, begitu juga dengan teman2 ku yang lain. Rakan2 sekolah, sekolej dan rakan2 RH... ramai betul yang sedang membawa perut sekarang ni kan, tahniah buat uolls semua...
Kalau mengikut perkiraan sayalah kan, sepatutnya 5 tahun usia perkahwinan kami ini saya dah ada sepasang cahayamata. Namun target agak tersasar kerana banyak perkara yang perlu kami pertimbangkan terutamanya keadaan aina yang memerlukan sokongan dan perhatian 100% dari kami berdua. Kalau diikutkan hati, saya memang teringin sangat2 nak tambah anak apatah lagi kasihan melihatkan aina yang keseorangan tanpa teman bermain lagipun aina dah besar, dah boleh berjalan dan semakin cerdik. Namun faktor kewangan yang terhad, tambah lagi fobia dengan pengalaman yang lepas membuatkan saya rasa tak bersedia mental dan fizikal untuk mengandung lagi. Serik wooo...
Memanglah setiap anak itu ada rezekinya namun persediaan kewangan pun nak kena ada jugak. Sekarang ni pun saya sedang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, andaikata saya mengandung dulu... tentu agak sukar untuk saya mencari pekerjaan sekarang ni. Waktu mengandungkan aina dulu saya terlepas satu jawatan dalam PBT yang kononnya confirm dapat tapi gara2 campur tangan pihak2 tertentu yang mempertikaikannya, akhirnya nama saya digugurkan. Sudahnya saya kecewa yang amat hingga menjejaskan kesihatan saya sendiri. Sungguh, saya stress gile waktu tu. Waktu itu saya sudahpun bekerja disitu, hanya menanti diserap ke jawatan je lagi...
Pengalaman melahirkan aina dan berpantang di katil hospital selama 3 minggu pula membuatkan saya serik. Sudahlah caeser, aina pula disahkan meningitis. Maka berpantanglah saya di hopital gara2 menemani aina yang ditahan untuk rawatan. Dengan kesakitan yang saya alami, tanpa pengalaman, terpaksa menguruskan diri sendiri dan aina yang waktu itu sedang sakit... berat saya turun habis dari 60kg ke 45kg hehehe. Pernah satu hari tu, aina hanya saya lap dengan kain basah, gara2 kekok dan takut nak mandikan aina yang sangat kecik, beratnya hanya 2.45kg. Belum lagi dengan tangisan aina pada waktu malam gara2 kembung perut, beberapa malam jugak saya tak tidur. Sungguh saya menangis, tapi dalam hati... Sudahlah suami nun jauh di Melaka, dan saya pula sendirian di Hospital Kemaman. Untung saja, saban hari ada ahli keluarga yang datang melawat. Sesungguhnya pada saat2 getir itu, saya bernasib baik kerana masih punya keluarga yang sangat2 prihatin. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka semua...
Plus minusnya, apa yang boleh saya katakan saya belum bersedia. Namun saya tidak menolak andaikata Allah swt mengurniakannya buat saya. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita, kan... hmmmmmmmmmmmm