Aina memang sangat2 bermasalah darisegi pemakanan dan juga berat badan. Bagilah apapun yang sedap2, semuanya ditolak mentah2. Kadangkala bila saya paksa jugak dia makan alamatnya berteraburlah dia muntah. Yang dia makan hanyalah makanan rutinnya iaitu bijirin bayi, roti, mee dan makanan ringan seperti keropok ikan (keropok terengganu) atau maruku yg rangup2 tu dia suka la. Susu langsung tak minum sejak dia berhenti menyusu badan ni, minuman dia hari2 hanyalah air putih. Dah tentulah saya risau, usianya makin meningkat namun berat badan masih di tahap bawah garisan kuning!!
Namun, semasa pulang bercuti ke kampung 3 minggu lalu... dia sudah mula nak makan nasik. Tapi bukan nasik putih tapi nasik goreng yang bukan berwarna putih. Gembiranya hati saya, maka bermulalah rutin saya hari2 ~ masak nasik goreng siap letak ikan, telur, sayur.. Itulah makanan utama dia sekarang setiap hari 3x sehari. Harap2 lepas ni berat badan aina akan bertambah la... :)))
gambar ihsan : pakcik goggle ler..