Isnin, 6 Disember 2010

~ Salam Maal Hijrah 1432H ~


Assalamualaikum wbt...
Selamat menyambut tahun baru 1432H kepada semua teman2 blogger dan juga para pembaca blog ini. Semoga tahun baru ini akan lebih bermakna buat kita semua, dan marilah kita sama-sama berhijrah ke arah kebaikan. Semoga kesihatan, keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi pada hari ini akan terus dapat kita kecapi dan semoga kita semua terpelihara daripada segala mala petaka dan kesesatan dunia. Semoga Allah swt merahmati kita semua... Amin

Selasa, 30 November 2010

~ Kena Jalani Ujian Audiologi? ~

Assalamualaikum wbt...

Semalam aina ada temujanji dengan Terapi Pertuturan. Nampaknya terapis tu agak tidak berpuas hati dengan prestasi aina. Kesian jugak saya dengan dia, bersungguh-sungguh dia bercakap dan mengajar aina tapi aina tak fokus sangat dengan apa yang diajar. Pulak tu, lain yang disuruh lain yang dibuatnya. Namun begitu menurut terapis tu, aina ni sangat petah tapi dia main sebut je dan perlakuan serta percakapannya juga banyak yang ditiru. Itu memang betul, dan saya juga mengakuinya. Hmm, agak mendukacitakan jugaklah sebab aina terpaksa dirujuk semula ke jabatan Audiologi (ENT). Dengan kata lainnya aina terpaksa menjalani ujian pendengaran, untuk mengenalpasti apakah masalahnya yang sebenar. 

Kali pertama dan terakhir aina menjalani ujian tersebut semasa dia berumur 3 bulan, hasil ujian waktu itu menunjukkan pendengarannya ok, takde masalah. Bagi sayalah, telinga aina ni takde masalah tapi yang jadi masalahnya ialah aina ni tak faham dengan arahan yang diberi. Contohnya jika saya nak suruh dia kemas semua barang permainannya yang bersepah tu, saya kena tunjuk dulu contohnya bagaimana baru aina akan ikut. Pening jugak saya bila mana lain yang saya suruh, lain yang aina buat. Camne nak bagi dia adik kalau dia masih macam ni...?? Apapun tunggu jelah hasil ujiannya nanti pada bulan depan. Mudah2an aina takde masalah darisegi pendegaran....  :(

Aina... dalam kelas Terapi Pertuturan

Rabu, 24 November 2010

~ Cerita Satu Malam ~

Pada suatu malam yang hening, sedang saya sibuk2 memasak nasi goreng untuk suami tercinta, datanglah si kecilku aina terkedek-kedek mendapatkan saya yang waktu itu baru saja menumis bawang di dalam kuali... "Pergi masuk tengok tv ngan ayah, jangan kacau ibu nak masak!" kataku tegas tanpa berpaling sikit pun ke arah aina... Lalu si dia pun berlalu pergi dengan tangisan sedih sambil membebel ntah hape2 ntah, lantas saya pun segera berpaling... rupa2nya di tangannya ada mangkuk kecil, bekas berisi keropok udang yang telah habis. Rupa2nya dia datang pada saya adalah kerana nak minta lagi keropoknya yang telah kehabisan itu. Serta-merta saya merasa bersalah dan segera mendapatkannya sambil berkata " sorry sayang, ibu tak perasan tadi...." sambil segera mengisi keropok ke dalam mangkuknya itu. Namun tangisan aina tak juga reda, kecil hati barangkali hinggakan ayahnya pula datang mendapatkannya dan membawanya pergi... saya pun meneruskan menggoreng nasi dengan rasa yang kesal, tu pasal nasi goreng tu tawar takde rasa apa huhuhu...

* Moral cerita ni, jangan suka marah2 anak tak tentu pasal, kecik hati dia nanti...


Isnin, 22 November 2010

~ Appointment dengan PAED lagi ~

Assalamualaikum semua...
Orang kata diam itu lebih baik, daripada berkata2 tetapi isinya merapu... bimbang pula dituduh syok sendiri. Kalau asyik bercerita tentang benda yang sama je dikhuatiri nanti akan ada yang bosan pula. Lantaran itu, saya lebih selesa membiarkan blog ini sepi jika tidak mempunyai apa2 cerita terbaru dan menarik yang ingin saya kongsikan untuk tatapan semua. Sebenarnya saya sangat2 kagum dengan teman2 blogger yang lain yang sangat2 rajin mengupdate blog, banyaknya idea mereka kan...

Okey, berbalik pada tajuk... macam biasalah appoinment ngan Paed dah ditetapkan setiap 6 bulan sekali, Oftalmologi (mata) pula setahun sekali ( setelah 2 1/2 tahun saya tak pergi gara2 merasa kesian kat aina), dan Pakar Neuro pun setahun sekali (ni lagi best, orang2 kat sana cakap nak datang baru tpon amik tarikh). Hmmm, tapi tiap2 bulan kena hadap Speech Terapi, Gerak kerja dan Fisioterapi tapi selalu sangat saya mengelat sekarang ni hehehe... motifnya tak terlayan gak nak pergi... kan :)

Seawal pukul 8.30 pagi saya dah terpacak kat klinik pakar PAED, selalunya diorang bagi waktu temujanji pukul 11 pagi tapi hari ni awal pulak. Masa daftar tadi tengok orang pun tak ramai. Lega jugak saya rasa sebab tak perlu menunggu lama macam selalu... sampai 2,3 jam menunggu. Tapi aina bad mood la pulak sebab kena bangun awal, dahlah semalam tido lambat. Bagi makan taknak, minum pun taknak. Sampaikan doktor nak check pun dia tak kasi, nanges aje... pun susah jugak!!! Tak kisah la, dah sudah dah pun kan aina... Berat aina tadi 9.1kg. Doktor kata okey... ada peningkatan. Aina sekarang dah boleh naik turun katil dan sofa sendiri, dah boleh bercakap banyak patah perkataan juga dan sangat banyak kerenah hokey... asyik suh saya melawa aje konon nak keluar berjalan la tu.. Apapun layan jelah foto2 terbaru aina ni...



Sekian
~ Wassalam ~

Selasa, 16 November 2010

~ Salam Aidil Adha ~

Assalamualaikum...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
buat semua teman-teman blogger, RH, sahabat handai dan juga sedara
mara walau dimana sahaja anda berada...

*

*

*

*


* Gambar amik kat SINI

Selasa, 26 Oktober 2010

Mengandung lagi?? Mahu, tapi....

Assalamualaikum semua...
Semalam sempat aku bertanya khabar dengan seorang teman lama yang berada di bumi Kuwait, rupanya dia sedang bertarung dengan alahan yang teruk. Baru hamil 2 bulan tapi asyik keluar masuk hospital aje, sudahlah jauh dari ibu dan keluarga tersayang. Walaupun ini adalah kandungannya yang ketiga, tentu sukar untuk melaluinya tanpa sokongan keluarga terutama sekali ibu tercinta, kan? Walaupun simpati namun aku tumpang gembira kerana rezekinya sentiasa murah, begitu juga dengan teman2 ku yang lain. Rakan2 sekolah, sekolej dan rakan2 RH... ramai betul yang sedang membawa perut sekarang ni kan, tahniah buat uolls semua...

Kalau mengikut perkiraan sayalah kan, sepatutnya 5 tahun usia perkahwinan kami ini saya dah ada sepasang cahayamata. Namun target agak tersasar kerana banyak perkara yang perlu kami pertimbangkan terutamanya keadaan aina yang memerlukan sokongan dan perhatian 100% dari kami berdua. Kalau diikutkan hati, saya memang teringin sangat2 nak tambah anak apatah lagi kasihan melihatkan aina yang keseorangan tanpa teman bermain lagipun aina dah besar, dah boleh berjalan dan semakin cerdik. Namun faktor kewangan yang terhad, tambah lagi fobia dengan pengalaman yang lepas membuatkan saya rasa tak bersedia mental dan fizikal untuk mengandung lagi. Serik wooo...

Memanglah setiap anak itu ada rezekinya namun persediaan kewangan pun nak kena ada jugak. Sekarang ni pun saya sedang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, andaikata saya mengandung dulu... tentu agak sukar untuk saya mencari pekerjaan sekarang ni. Waktu mengandungkan aina dulu saya terlepas satu jawatan dalam PBT yang kononnya confirm dapat tapi gara2 campur tangan pihak2 tertentu yang mempertikaikannya, akhirnya nama saya digugurkan. Sudahnya saya kecewa yang amat hingga menjejaskan kesihatan saya sendiri. Sungguh, saya stress gile waktu tu. Waktu itu saya sudahpun bekerja disitu, hanya menanti diserap ke jawatan je lagi...

Pengalaman melahirkan aina dan berpantang di katil hospital selama 3 minggu pula membuatkan saya serik. Sudahlah caeser, aina pula disahkan meningitis. Maka berpantanglah saya di hopital gara2 menemani aina yang ditahan untuk rawatan. Dengan kesakitan yang saya alami, tanpa pengalaman, terpaksa menguruskan diri sendiri dan aina yang waktu itu sedang sakit... berat saya turun habis dari 60kg ke 45kg hehehe. Pernah satu hari tu, aina hanya saya lap dengan kain basah, gara2 kekok dan takut nak mandikan aina yang sangat kecik, beratnya hanya 2.45kg. Belum lagi dengan tangisan aina pada waktu malam gara2 kembung perut, beberapa malam jugak saya tak tidur. Sungguh saya menangis, tapi dalam hati... Sudahlah suami nun jauh di Melaka, dan saya pula sendirian di Hospital Kemaman. Untung saja, saban hari ada ahli keluarga yang datang melawat. Sesungguhnya  pada saat2 getir itu, saya bernasib baik kerana masih punya keluarga yang sangat2 prihatin. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka semua...

Plus minusnya, apa yang boleh saya katakan saya belum bersedia. Namun saya tidak menolak andaikata Allah swt mengurniakannya buat saya. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita, kan... hmmmmmmmmmmmm


Ahad, 24 Oktober 2010

~ Masalah Teknikal Rupanya... ~

Assalamualaikum wbt...
Gara-gara menukar pakej streamyx combo ke pakej jalur lebar, akhirnya semua jadi tergendala. Mana taknya, terpaksa masuk line baru dan yang lama pulak saya kenalah tamatkan kerana nanti kang tak pasal2 kena bayar dua bil. Pulak tu, 2 minggu menunggu modem baru sampai. Bila streamyx dah pasang, tak boleh pulak nak online. Puas jugaklah saya godek sana sini, call TM pun tak dapat2... sudahnya sayapun bosan, tak dapat cari apa puncanya. Tambahan pulak bulan ni aina ada 4 appointment kat spital, bz la pulak berulang alik ke hospital. Setelah puas saya godek2, akhirnya dapat jugak saya bersiaran di alam maya ni, masalah teknikal yang tak saya sedari. Rupa2nya saya kena install dulu cd yang diberi ke dalam komputer kemudian ikut je arahan yang diberikan, terus dah boleh online... hanya saya yang tak perasan hehehe...

Isnin, 6 September 2010

:: Raya oh Raya ::

Agak2 hari raya tahun ni jatuh pada hari apa? Khamis atau Jumaat? Hehehe... tak kisahler, janji raya... Persiapan raya awal2 dah buat, baju raya aina dah lama ku beli, sejak bulan 3 lagi. Dah siap berbasuh dan berlipat dalam lemari pun. Asalnya ku beli untuk pakai buat jalan tapi cam sayang pulak, kebetulan baju2 yg ku beli tu agak besar sikit saiznya dari aina. Persiapan baju raya untuk saya pulak, sepasang baju raya pemberian mak... dah tua2 dah berlaki pun masih mak bagi baju raya, kan? Setiap tahun pulak tu... hehehe. Cuma tambah sepasang je lagi, pemberian suami. Wajib tu... Cukuplah dua pasang tahun ni. Tudung raya pun tak beli, pakai je la mana ada. Suami pun tak tambah baju melayu cuma beli t-shirt je sehelai. Cukuplah tu. Yang penting baju raya anak2 (anak2 tiriku juga) dah siap tersedia. Beg tangan pun tak beli, guna aje pemberian suami masa besday dan aniversary dulu. Ada 2, jadi bolehlah gilir2 pakai. Cuma tang sandal je tak menahan, tiba2 pulak tahun ni meroyan nak pakai high heels (3 inc lak tu). Jangan jatuh terpeleot sudaaa...

Tahun ni tahun pertama kami beraya di rumah sendiri, dan tahun ke-2 ku beraya kat Melaka. Kami cuma tukar langsir baru, yang lain masih sama. Memandangkan langsir yang lama sudah kusam, maklumlah dah 7 tahun pun usia langsir tu (langsir lama umah mak) ...nak taknak kenalah ganti. Cuma bahagian dalam rumah aje kami touch up sikit supaya nampak baru, itupun guna cat tahun lepas yang tak habis guna. Kuih raya kami hanya beli 4 jenis je memandangkan kuih raya pemberian tempat kerja suami dah banyak. Ok la tu, save bajet kan... Saya bab2 membuat kuih yang renyah2 ni memang fail.. entahler, tak minat. Bagi saya, lebih baik saya masak memasak dari buat2 kuih ni... Takde bakat kot (atau malas hehehe).

Saya akan balik ke kampung pada hari raya ke-4. Kebetulan adik saya nak datang amik, maklumler kan.. mak saya tu tak boleh kalau saya tak ada. Lagipun, nak kena buat persiapan kat kampung sempena perkahwinan abang saya nanti. Suami saya pulak tak amik cuti raya coz seminggu selepas raya nanti kang nak kena cuti lagi coz meraikan majlis perkahwinan abang saya pada raya ke-8 ni. Jadi suami saya akan menyusul kemudian, maklumler cutinya pun dah tak banyak...

Hmmm, itulah je buat masa ni. Rumah pun tak habis kemas lagi ni. Tunggang langgang macam tongkang pecah pun ada ni. Saja ngelat jap tuk update blog hehehe. K, adios semua...


Sabtu, 4 September 2010

~ Aina yang Periang ~

sangat suka timbang berat... dah 9+kg
PAEDS cakap, takpe yang penting ada peningkatan

Anak dara saya ni sangat2 periang, penyayang, peramah, manja, rajin dan sangat menghiburkan. Ada je keletahnya yang membuatkan saya tersenyum. Sangat suka mengajuk perbuatan orang lain, mulutnya pun sangat keletah... asyik membebel ntah hapa hapa yang kadang2 saya pun tak faham apa yang dia cakapkan. Sangat rajin orangnya... sudah boleh diharap membawa bekas makanannya ke dapur setiap kali selesai makan. Rajin juga mengangkat baju ayahnya dan menghantar ke dalam bilik bilamana ayahnya sepah2kan baju di atas kerusi setiap kali balik kerja. Dah pandai letak sendiri baju kotornya ke dalam bakul kain juga. Rajin juga menyambut kain yang saya angkat dari ampaian dan meletakkannya di atas kerusi dan rajin juga menyusun kerusi di meja makan bilamana kerusi2 tu tak tersusun kedudukannya. Kadang2 tanpa saya suruh pun, dia sendiri yang melakukannya.

Sangat suka keluar berjalan-jalan terutama ke shopping complex. Pernah saya mengejarnya gara2 dia enggan masuk dalam kereta, masa tu kat parkir Giant. Mengamuk-ngamuk dia taknak balik kerana belum puas berjalan. Sib baik ayahnya sentiasa rajin membawa kami keluar, boleh dikatakan setiap hari jugaklah kecuali kalau ayahnya terpaksa kerja lebih masa. Masa tu jiran sebelah lah yang jadi mangsa, pantang nampak diorang nak keluar, mulalah aina meraung-raung nak ikut. Terpaksalah mereka keluar senyap2, tapi kalau pergi ke tempat yang dekat2 mereka bawak juga aina ni keluar. Sangat peramah dengan sesiapa sahaja sampaikan india tukang tolak troli kat mydin pun dia boleh salam dan cium tangan, sungguh bersopan santun ini anak... hehehe...


Khamis, 2 September 2010

~ Dapat Surat Chenta laa Pulak ~

Pening kepala saya satu hari ni. Dalam sibuk2 nak raya, mana nak pakai duit banyak ni la saya dapat surat cinta tu... Aduyaiiii, macam2 dugaan betul. Baru minggu lepas saya bayar separuh daripada tunggakan, alih2 hari ni dapat 14 hari notis bayaran balik pinjaman pendidikan sebanyak RM9++++. Mana nak betul aircond kereta lagi, yang dah berbulan rosak. Gasket lagi bocor. Persiapan raya lagi, nak balik kg lagi, bla bla bla...Boleh pitam rasanya cuma tak pitam je ari ni, mood pun swing je ni... Hmmm... terfikir gak kalau tak bayar semua, bulan2 tetap kena bayar. Yang jadi masalahnye ialah bayaran bulanannya tu. Maklumler sayakan tak bekerja, harapkan duit poket dari suami je. Kalau ada lebih bolehler g bayar. Kesian gak kat somi, hutang saya takkan nak suruh somi bayarkan pulak. Mana ngan belanja dapur, rumah, bil2, kereta bla bla bla lagi. Kalau abaikan pulak, tetiba dapat surat lawyer kang lagi ler bertambah kosnya. Tapikan kalau bayar semua alamatnya nipis la duit lam akaun tu. Aduh, buntu... buntu... Dahlah mintak kerja pun tak dapat2...

Isnin, 30 Ogos 2010

~ Berkibarlah Jalur Gemilang ~




Merahmu bara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

Kuning berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua



Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah

Membawa semangat jiwa Merdeka

Semangat jaya kami warganya


Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat

Itu sumpah warga berdaulat


Jalur Gemilang dibawah naunganmu

Jalur Gemilang kami semua bersatu

Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia


Jalur Gemilang megah kami terasa

Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan

Merah, putih, biru, kuning

Jalur semangat kami semua


(2x) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah

Jalur Gemilang!


Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa


Bendera Malaysia telah diciptakan oleh seorang Arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, En. Mohamed bin Hamzah pada tahun 1947. 14 jalur lebar membawa maksud malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan. Merah bermaksud gagah berani manakala putih pula melambangkan kesucian. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bulan sabit pula melambangkan agama rasmi Malaysia iaitu Islam manakala bintang pecah 14 pula bermaksud tanda perpaduan antara 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan. Warna kuning pula melambangkan warna diraja.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
~SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53 TAHUN KEPADA SEMUA~
sumber: wikipedia

Khamis, 19 Ogos 2010

Bila Dia Memanggilku... bu, bu...

Alangkah berbunga rasa hati, bila dia sudah mula memanggil2 diriku... bu... bu...
Seakan2 ada sesuatu yang ingin disampaikannya padaku...
Sambil dia berjalan mendapatkan aku...
Oh sungguh  manis saat2 itu...
Inilah saat2 yang sangat2 ku nantikan...
Selama ini dia hanya tahu memanggil ayah, abah...
So sweet..............



Selasa, 10 Ogos 2010

~ Ramadhan Datang Lagi ~

Assalamualaikum wbt...
Diam tak diam kita dah nak masuk ke bulan ramadhan.
Terasa begitu pantasnya masa berlalu, macam tak percaya pun ada.
Saya hanya ingin mengucapkan,
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua 
rakan2 blogger dan juga pembaca serta selamat menunaikan 
ibadah puasa dan juga solat terawikh. 
Semoga ramadhan pada kali ini akan lebih bermakna 
dari tahun2 sebelumnya buat kita semua... Amin.
 Jangan lupa niat puasa ye... hehehe



Jumaat, 23 Julai 2010

~ Bila M datang ~

Agak lama saya tak update blog ni
dah bersawang dah pun...
Sebenarnya saya didatangi penyakit M
Seyes, bila M datang... nak wat karangan pun takde idea
Sebabnya, M nak berfikir..
Tapi M ni bukan boleh dilayan sangat...
Makin dilayan makin menjadi2 pulak nanti...
Nak kena ambil vitamin R dulu ni...
Apapun, saya nak siapkan menu untuk berbuka puasa dulu ni
Jumpa lagi nanti..
Babai...

Selasa, 6 Julai 2010

~ Award daripada Amyna ~

OMG!!! tak percaya pulak saya dapat award ni hehehe... 


Thanks a lot to Amyna di atas ingatannya untuk memberi saya award ni. Bukan selalu dapat award kan hehehe. Tapi bila dah dapat award, kenalah jawab soklan2 cepu mas daripada wartawan, kan  (ferahsan betoii la)... Hmmmmm....

1. Apa nama blog dan nape letak nama tu??
    Nama belog saya ialah Hari ini, esok dan selamanya...
    Saja suke letak tajuk ni...

2. Bila start buat blog?
    Start pada Sept 2009...
    Baru lagi, kan..

3. Sape 1st Follower?
    Sis Sue Aleen... thanks sis..

4. Ucapan khas untuk pemberi award?
    Buat Amyna, terima kasih di atas ingatan yang diberikan, semoga kita akan terus ingat mengingati antara  
    satu sama lain ye...

5. Lastly, 9 orang cute yang kena tag??
    Aiyak, semua follower ku ni kiut miut belaka... antaranya ialah ;
    umiesofie
    suria amanda
    saSha a.k.a mumyalya
    LadyofLeisure
    ellanie77
    ibuabang
    idazuan
    nurfatihahchuan
    ibuhakimhaikal

Pada yang tak tertag juga, kalau boleh sudi2kanlah amik award ni ye. Jangan segan2 tau...
Diharap uolls semua sudi2 kanlah terima award ni, dan sudikanlah jawab tag ni ye kengkawan....

~ S E K I A N ~

Isnin, 5 Julai 2010

~ Aku Tanpa Cintamu ~



Nasihat Dr Asri;
"..Kita tidak meminta ujian,
tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa,
ujian itu adalah rukun hidup.
Ujian bagaikan bicara atau 'sapaan' Allah..
kepada kita agar kita ingat apa yang lupa,
ubah apa yang salah, atau
untuk kita tambahkan pahala 
dan padamkan dosa..♥♥♥"


dipetik daripada ;
www.facebook.com/<3 LA TAHZAN, Jalan Pulang ke Pangkuan Allah Terlalu Luas!

Jumaat, 2 Julai 2010

~Terima Kasih Ya Allah ~

Semalam besday Aina yang ke-3 tahun. Sempena dengan ulangtahun kelahiran aina ini, saya memohon kepada Allah SWT agar aina dapat berjalan tika umurnya mencecah 3 tahun. Alhamdulillah, hari ini Allah perkenankan permintaan saya. Syukur yang tak terhingga kepadamu Ya Allah, diatas segala nikmat dan kebesaranMu...


Sepanjang hari ini, aina begitu aktif meronda pergi balik dari dapur ke ruang tamu walaupun sebenarnya dia tengah demam selsema. Teruja agaknya dapat berjalan kesana kemari. Sebelum2 ni dia tak begitu berani berjalan kalau takde orang berada berhampiran dengannya. Sungguh gembira hati saya tika melihat aina sudah mula yakin untuk melangkah tapi kadang kala nak terjatuh juga dia, mulalah mulutnya bising " atut... atuh..." Saya pulak yang penat tengok dia kehulu ke hilir... hehehe...~

Khamis, 1 Julai 2010

~ KAd UCApan BUat aiNA ~


Send a Teddy Bear Note at WiddlyTinks.com

~ SEr0nokNYa BAliK KAMpunG pARt II~

Kalau dah namanya balik kampung, tak sah rasanya kalau takde aktiviti makan-makan ke, mandi manda ke atau berkumpul sesama adik beradik dan anak2 saudara. Nilah masanya nak mengeratkan silaturahim antara kitaorang semua...


Pantai Rantau Petronas, Kerteh/Kemasek


gara2 saya nak makan kerang bakar je, 
jadilah BBQ daging buger, sosej dan kepak ayam...

antara barisan yang memperabihkan makanan...

nak tak keropok ni??

ADA AKU KESAH? yg penting Zzzzzzzz...

ada dugong yang terdampar...
hehehe...

pun taknak lepaskan peluang bermain air...

~ S E K I A N ~


Ahad, 27 Jun 2010

~ SEr0nokNYa BAliK KAMpunG~

Boleh dikatakan sebulan sekali saya balik Terengganu, boleh dikatakan ada je event yang menyebabkan saya terpaksa balik kampung. Sebenarnya saya tak kisah pun, suka lagi ada tapi yang tak tahannye penat badan la sebab perjalanan yang jauh dan mengambil masa 6 jam pulak tu. Phewwww...

Tujuan saya balik kampung baru2 ni adalah disebabkan majlis pertunangan abang saya yang dilangsungkan pada 18 Jun 2010 di Kuala Terengganu. Dah lama tak berkonvoi ramai2 macam ni, sekali sekala seronok juga berjalan2 dengan adik beradik ni. Ingat lagi dulu2, kitaorang selalu berkonvoi ramai2 dan pergi bercuti bersama2. Seronok sangat waktu tu, tapi sekarang ni semua dah kawin jadi harapkan ada majlis kenduri atau cuti yang panjang macam ni ler kitaorang boleh bergathering...

Tahniah dan selamat bertunang..
Kredit untuk Asmida Abizaid untuk gambar ini

Sepatutnya hari minggu tu saya dah bertolak balik ke Melaka tetapi disebabkan oleh ada beberapa hal yang masih belum selesai, terpaksalah suami saya balik Melaka sendirian. Kat umah mak takde line internet lak tu, tu yang lambat hapdet blog ni...


Mak dara dan anak2 dara di Masjid Terapung Kuala Ibai..
Sempat lagi posing tu...




to be continue...

Selasa, 15 Jun 2010

~ Sudah Pandai Memanjat~


Anak dara saya ni sudah mula pandai memanjat. Seronok apabila melihat semakin hari semakin banyak perkara baru yang dibuatnya. Mulut pun bukan main keletah lagi, malah sangat menghiburkan. Bila melihatkan aina aktif dan cergas begini... terasa segala kesusahan, kesakitan dan  kepayahan tika melahirkannya dan tika menjaganya waktu dirinya terlantar dahulu hilang serta merta... Syukur ke hadrat Ilahi, doa saya untuk melihat aina sihat dan cergas serta dapat melalui kehidupan seperti kanak-kanak lain akhirnya dimakbulkan Allah s.w.t.

Anakku... ibu amat bangga denganmu nak, walaupun anak2 orang lain boleh melakukannya tika umur mereka setahun atau belum setahun... Dan kamu baru boleh melakukannya tika umurmu hampir 3 tahun, tak mengapalah nak. Bagi ibu anak ibu ini sangat pintar, tak mengapalah kalau tak sepintar anak2 orang lain pun. Biarlah dirimu ketinggalan dari segi apapun, yang penting kamu sihat dan mampu bergerak kesana kemari seperti kanak-kanak yang lain. Biarlah orang nak fikir apapun nak, asalkan kita tak menyusahkan orang lain. Biarlah orang mengata apapun nak, asalkan kita sedar siapa diri kita dan kita tak mengata orang lain....

Anakku... ingatlah pesan ibu...
"Dirimu adalah insan terpilih diantara yang terpilih"
Syukur Alhamdulillah...

Jumaat, 11 Jun 2010

~Jalan-jalan~

Tempat : Melaka River Cruise, Taman Rempah
 Hari : Sabtu yang lepas

Melaka River Cruise

Beli tiket di sini ye.
Masa ni dah lengang, dah pukul 11 lebih..

tak pernah naik walaupun sekali...

Melaka dah ada ni, lepas ni tak payah susah2 
menghadap jammed kat Bandar Hilir nun. Dah lama saya tak
ke Bandar Hilir, tak kuasa nak bersesak-sesak kat sana. 
Tapi benda alah ni masih belum beroperasi...

si kocik ni suka benar berjalan, bukan main
jauh lagi dia berjalan. Bila berhenti siap mengamuk2 lagi.
Oh ya! tiang kat belakang tu adalah tiang monorel...

Rabu, 9 Jun 2010

~Aktiviti Aina~

Just wanna share aktiviti2 yang sangat digemari aina...

baca buku ke wat sepah?

melaram/jalan2 naik kereta

tolong ibu lipat kain ke?

tolong kemas peti ais ibu

sangat suka main bola dan berkelah

tengok tv esp video muzik pelajar2 AF dan zikir munajat

dan 

*

*

*

*

*
mengintai jiran sebelah....
hehehe...

Khamis, 3 Jun 2010

~tAg dARi UmiSofie~

Terima kasih kepada umisofie kerana sudi mengetag saya, lama jugak saya tak layan tag2 ni...
1. Apa yang anda buat bila dapat tahu member anda tikam anda dari belakang?
- saya akan menjauhkan diri darinya atau face to face dengannya, tengok keadaan jugak... biasanya saya jenis malas nak memanjangkan hal2 yang remeh temeh ni...

2. 6 orang di hati anda...
- ibu saya
- suami saya
- anak saya
- Adik beradik saya
- kaum keluarga
- kawan2 saya


3. Anda rasa anda comel?
- Subjektif...

4. Single or taken?
- bersuami dan beranak satu

5. Blog yang anda suka
- blog kawan2 dan family mereka
- blog tentang penyusuan susu ibu
- blog2 resepi
- blog tentang keibubapaan
- blog tentang kehidupan

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
- Kemas jugaklah, tapi sejak ada aina ni, perabot dah tak tersusun dan teratur...

7. Lagu terakhir yang anda dengar
- Pergilah ayu... OST Syahjihan...

8. Last text message
- Mesej kat suami balik kerja kul brp ari ni...

9. Last phone call
- mu hubby

10. Hari terakhir anda menangis
- Ntah, tak ingatler...

11. 5 favourite colour
- purple
- blue
- pink
- green
- merah

12. Orang terakhir YM
- takde YM dan tak reti berYM

13. Game paling anda suka.
- selalu layan Fishville kat FB tapi skrg ni rasa dan bosan lak...

14. Apa perasaan anda menjawab tag ini?
- bangga kerana Umisofie teringatkan saya...

15. Anda rasa tag ini best?
- sangat best sebab tak amik masa yang lama pun...

16. Tag lagi 10 orang....
- Rasanya ramai yang dah jawab tag ni, jd saya tujukan tag ni kepada sesiapa yang belum buat je la ye... pada yang belum buat tu, sudi2kanlah ye...