Selasa, 30 November 2010

~ Kena Jalani Ujian Audiologi? ~

Assalamualaikum wbt...

Semalam aina ada temujanji dengan Terapi Pertuturan. Nampaknya terapis tu agak tidak berpuas hati dengan prestasi aina. Kesian jugak saya dengan dia, bersungguh-sungguh dia bercakap dan mengajar aina tapi aina tak fokus sangat dengan apa yang diajar. Pulak tu, lain yang disuruh lain yang dibuatnya. Namun begitu menurut terapis tu, aina ni sangat petah tapi dia main sebut je dan perlakuan serta percakapannya juga banyak yang ditiru. Itu memang betul, dan saya juga mengakuinya. Hmm, agak mendukacitakan jugaklah sebab aina terpaksa dirujuk semula ke jabatan Audiologi (ENT). Dengan kata lainnya aina terpaksa menjalani ujian pendengaran, untuk mengenalpasti apakah masalahnya yang sebenar. 

Kali pertama dan terakhir aina menjalani ujian tersebut semasa dia berumur 3 bulan, hasil ujian waktu itu menunjukkan pendengarannya ok, takde masalah. Bagi sayalah, telinga aina ni takde masalah tapi yang jadi masalahnya ialah aina ni tak faham dengan arahan yang diberi. Contohnya jika saya nak suruh dia kemas semua barang permainannya yang bersepah tu, saya kena tunjuk dulu contohnya bagaimana baru aina akan ikut. Pening jugak saya bila mana lain yang saya suruh, lain yang aina buat. Camne nak bagi dia adik kalau dia masih macam ni...?? Apapun tunggu jelah hasil ujiannya nanti pada bulan depan. Mudah2an aina takde masalah darisegi pendegaran....  :(

Aina... dalam kelas Terapi Pertuturan

6 ulasan:

ibuintan berkata...

insyaallah .. teruskan beri terapi... walaupun mungkin lambat tp mungkin akan ada perkembangan positif

banyakkan sabar..

Sueriani Ali berkata...

ibuintan,
Insyaallah... terima kasih

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

kak,
fiza faham, sebab fiza rasa apa yg akak rasa.
nak beri dia faham mmg susah...mcm sofie jugak kak...dah pening dah ni. aduhai

ummu berkata...

assalamualaikum Sue,
sedih akak membaca kisah Sue ni.
teringat pengalaman ibu akak yg menjaga seoranga dik akak dalam kategori istimewa semasa kecilnya.
semoga nanti anakanda yang seorang ini kan memahami jua.amin

Sueriani Ali berkata...

Fiza,
Memang memeningkan kepala kan, kalau tak sabar boleh naik angin jadinya. Agak sukar sebenarnya dan saya akan terus mencuba.. InsyaAllah

Sueriani Ali berkata...

ummu,
Amin... Insyaallah kak, terima kasih...