Diam tak diam bulan mei dah tiba ke penghujungnya, bermakna dah lama jugak la saya tak update blog ni. Dah bersawang dah pun, huhuhu... tak tahuler mengapa tiap kali saya bukak blog, tangan saya terpaku tak tahu nak menaip apa, dan idea2 yang berkepuk sebelum ni hilang terus begitu saje... agak blur la saya ni. Maafkan saya sekiranya saya jarang mengziarahi blog kawan2 yang lain dan juga jarang mengomen. Namun begitu, sekali sekala saya singgah juga, kan?
Ok, back to the topic (ceh, speaking pulak saya nih hehehe) sepanjang bulan ni, tak satupun appointment hospital yang Aina pergi. Mana taknya, lepas je aina baik demam, pastu saya pulak yang demam... bila saya pulak baik demam aina pulak sambung demam lagi... dah baik demam, selsema pulak yang datang. Bulan ni aje, 2 kali saya demam dan aina 3 kali demam. Cobaann kan? Terpaksalah saya reset tarikh yang baru dengan Physio dan juga Speech Therapy dan tarikh untuk Speech jatuhnya pada hari ini. Dan bulan Jun ni, ada 2,3 appointment aina yang perlu dihadiri dalam waktu terdekat ni.
Sebenarnya, ini kali pertama kami menghadiri temujanji untuk Speech ini. Agak kelakar dan melucukan dengan keletah aina yang pelbagai ragam ni. Namun begitu sesi Speech ini berjalan dengan lancar walaupun dikendalikan oleh student praktikal sambil diperhatikan oleh penyelianya. Lawak betul aina ni tau, lain yang disuruh lain yang dibuatnya. Dahlah mulutnya asyik pot pet pot pet je, macam burung murai pun ada. Tapi saya tak sempat nak snap gambar kerana tak berani nak lepaskan aina yang duduk atas kerusi kecil tu sendirian, takut terjatuh..
Lepas ni saya kena minta PAED buat surat rujukan yang baru untuk Klinik Mata dan juga Gerakkerja kerana surat yang lama tu dah expired. Kenapa expired? Kenapa tak pergi sebelum ni? Ntahler, malas nak cakap lagi dah. Kenapa saya? saya? saya? Kalau takde saya, tak tahulah apa jadi pada aina. Macam biasa, setiap kali, dalam apa jua perkara, saya jugak yang harus ke depan. Opps melalut sudah! Takpelah kalau saya usahakan sendiri pun, demi untuk kebaikkan aina jugak, kan? Anak saya jugak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan