Jumaat, 2 Julai 2010

~Terima Kasih Ya Allah ~

Semalam besday Aina yang ke-3 tahun. Sempena dengan ulangtahun kelahiran aina ini, saya memohon kepada Allah SWT agar aina dapat berjalan tika umurnya mencecah 3 tahun. Alhamdulillah, hari ini Allah perkenankan permintaan saya. Syukur yang tak terhingga kepadamu Ya Allah, diatas segala nikmat dan kebesaranMu...


Sepanjang hari ini, aina begitu aktif meronda pergi balik dari dapur ke ruang tamu walaupun sebenarnya dia tengah demam selsema. Teruja agaknya dapat berjalan kesana kemari. Sebelum2 ni dia tak begitu berani berjalan kalau takde orang berada berhampiran dengannya. Sungguh gembira hati saya tika melihat aina sudah mula yakin untuk melangkah tapi kadang kala nak terjatuh juga dia, mulalah mulutnya bising " atut... atuh..." Saya pulak yang penat tengok dia kehulu ke hilir... hehehe...~

5 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah...aina tak nampak macam orang sakit...dia nampak normal...congrats...dan salam kenal...

Sueriani Ali berkata...

Terima kasih...

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

wah...tahniah aina. seronok ye kak bila anak kita dah jalan. fiza tunggu turn sofie pulak ni...

fiezaradzi berkata...

alhamdulillah.. satu proses yg baik utk anak2.. selamat hari lahir aina.. kongsi tarikh lahir dgn annur, wpun tahun berbeza.. moga aina sihat sentiasa..

Sueriani Ali berkata...

Fiza...
semoga sofie pun nanti akan dapat berjalan, InsyaAllah...


fiezaradzi...
terima kasih ye..