Rabu, 9 Jun 2010

~Aktiviti Aina~

Just wanna share aktiviti2 yang sangat digemari aina...

baca buku ke wat sepah?

melaram/jalan2 naik kereta

tolong ibu lipat kain ke?

tolong kemas peti ais ibu

sangat suka main bola dan berkelah

tengok tv esp video muzik pelajar2 AF dan zikir munajat

dan 

*

*

*

*

*
mengintai jiran sebelah....
hehehe...

Khamis, 3 Jun 2010

~tAg dARi UmiSofie~

Terima kasih kepada umisofie kerana sudi mengetag saya, lama jugak saya tak layan tag2 ni...
1. Apa yang anda buat bila dapat tahu member anda tikam anda dari belakang?
- saya akan menjauhkan diri darinya atau face to face dengannya, tengok keadaan jugak... biasanya saya jenis malas nak memanjangkan hal2 yang remeh temeh ni...

2. 6 orang di hati anda...
- ibu saya
- suami saya
- anak saya
- Adik beradik saya
- kaum keluarga
- kawan2 saya


3. Anda rasa anda comel?
- Subjektif...

4. Single or taken?
- bersuami dan beranak satu

5. Blog yang anda suka
- blog kawan2 dan family mereka
- blog tentang penyusuan susu ibu
- blog2 resepi
- blog tentang keibubapaan
- blog tentang kehidupan

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
- Kemas jugaklah, tapi sejak ada aina ni, perabot dah tak tersusun dan teratur...

7. Lagu terakhir yang anda dengar
- Pergilah ayu... OST Syahjihan...

8. Last text message
- Mesej kat suami balik kerja kul brp ari ni...

9. Last phone call
- mu hubby

10. Hari terakhir anda menangis
- Ntah, tak ingatler...

11. 5 favourite colour
- purple
- blue
- pink
- green
- merah

12. Orang terakhir YM
- takde YM dan tak reti berYM

13. Game paling anda suka.
- selalu layan Fishville kat FB tapi skrg ni rasa dan bosan lak...

14. Apa perasaan anda menjawab tag ini?
- bangga kerana Umisofie teringatkan saya...

15. Anda rasa tag ini best?
- sangat best sebab tak amik masa yang lama pun...

16. Tag lagi 10 orang....
- Rasanya ramai yang dah jawab tag ni, jd saya tujukan tag ni kepada sesiapa yang belum buat je la ye... pada yang belum buat tu, sudi2kanlah ye...


Isnin, 31 Mei 2010

~Speech Therapy~

Diam tak diam bulan mei dah tiba ke penghujungnya, bermakna dah lama jugak la saya tak update blog ni. Dah bersawang dah pun, huhuhu... tak tahuler mengapa tiap kali saya bukak blog, tangan saya terpaku tak tahu nak menaip apa, dan idea2 yang berkepuk sebelum ni hilang terus begitu saje... agak blur la saya ni. Maafkan saya sekiranya saya jarang mengziarahi blog kawan2 yang lain dan juga jarang mengomen. Namun begitu, sekali sekala saya singgah juga, kan?

Ok, back to the topic (ceh, speaking pulak saya nih hehehe) sepanjang bulan ni, tak satupun appointment hospital yang Aina pergi. Mana taknya, lepas je aina baik demam, pastu saya pulak yang demam... bila saya pulak baik demam aina pulak sambung demam lagi... dah baik demam, selsema pulak yang datang. Bulan ni aje, 2 kali saya demam dan aina 3 kali demam. Cobaann kan? Terpaksalah saya reset tarikh yang baru dengan Physio dan juga Speech Therapy  dan tarikh untuk Speech jatuhnya pada hari ini. Dan bulan Jun ni, ada 2,3 appointment aina yang perlu dihadiri dalam waktu terdekat ni.

Sebenarnya, ini kali pertama kami menghadiri temujanji untuk Speech ini. Agak kelakar dan melucukan dengan keletah aina yang pelbagai ragam ni. Namun begitu sesi Speech ini berjalan dengan lancar walaupun dikendalikan oleh student praktikal sambil diperhatikan oleh penyelianya. Lawak betul aina ni tau, lain yang disuruh lain yang dibuatnya. Dahlah mulutnya asyik pot pet pot pet je, macam burung murai pun ada. Tapi saya tak sempat nak snap gambar kerana tak berani nak lepaskan aina yang duduk atas kerusi kecil tu sendirian, takut terjatuh..

Lepas ni saya kena minta PAED buat surat rujukan yang baru untuk Klinik Mata dan juga Gerakkerja kerana surat yang lama tu dah expired. Kenapa expired? Kenapa tak pergi sebelum ni? Ntahler, malas nak cakap lagi dah. Kenapa saya? saya? saya? Kalau takde saya, tak tahulah apa jadi pada aina. Macam biasa, setiap kali, dalam apa jua perkara, saya jugak yang harus ke depan. Opps melalut sudah! Takpelah kalau saya usahakan sendiri pun, demi untuk kebaikkan aina jugak, kan? Anak saya jugak...