Isnin, 6 Disember 2010

~ Salam Maal Hijrah 1432H ~


Assalamualaikum wbt...
Selamat menyambut tahun baru 1432H kepada semua teman2 blogger dan juga para pembaca blog ini. Semoga tahun baru ini akan lebih bermakna buat kita semua, dan marilah kita sama-sama berhijrah ke arah kebaikan. Semoga kesihatan, keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi pada hari ini akan terus dapat kita kecapi dan semoga kita semua terpelihara daripada segala mala petaka dan kesesatan dunia. Semoga Allah swt merahmati kita semua... Amin

Selasa, 30 November 2010

~ Kena Jalani Ujian Audiologi? ~

Assalamualaikum wbt...

Semalam aina ada temujanji dengan Terapi Pertuturan. Nampaknya terapis tu agak tidak berpuas hati dengan prestasi aina. Kesian jugak saya dengan dia, bersungguh-sungguh dia bercakap dan mengajar aina tapi aina tak fokus sangat dengan apa yang diajar. Pulak tu, lain yang disuruh lain yang dibuatnya. Namun begitu menurut terapis tu, aina ni sangat petah tapi dia main sebut je dan perlakuan serta percakapannya juga banyak yang ditiru. Itu memang betul, dan saya juga mengakuinya. Hmm, agak mendukacitakan jugaklah sebab aina terpaksa dirujuk semula ke jabatan Audiologi (ENT). Dengan kata lainnya aina terpaksa menjalani ujian pendengaran, untuk mengenalpasti apakah masalahnya yang sebenar. 

Kali pertama dan terakhir aina menjalani ujian tersebut semasa dia berumur 3 bulan, hasil ujian waktu itu menunjukkan pendengarannya ok, takde masalah. Bagi sayalah, telinga aina ni takde masalah tapi yang jadi masalahnya ialah aina ni tak faham dengan arahan yang diberi. Contohnya jika saya nak suruh dia kemas semua barang permainannya yang bersepah tu, saya kena tunjuk dulu contohnya bagaimana baru aina akan ikut. Pening jugak saya bila mana lain yang saya suruh, lain yang aina buat. Camne nak bagi dia adik kalau dia masih macam ni...?? Apapun tunggu jelah hasil ujiannya nanti pada bulan depan. Mudah2an aina takde masalah darisegi pendegaran....  :(

Aina... dalam kelas Terapi Pertuturan

Rabu, 24 November 2010

~ Cerita Satu Malam ~

Pada suatu malam yang hening, sedang saya sibuk2 memasak nasi goreng untuk suami tercinta, datanglah si kecilku aina terkedek-kedek mendapatkan saya yang waktu itu baru saja menumis bawang di dalam kuali... "Pergi masuk tengok tv ngan ayah, jangan kacau ibu nak masak!" kataku tegas tanpa berpaling sikit pun ke arah aina... Lalu si dia pun berlalu pergi dengan tangisan sedih sambil membebel ntah hape2 ntah, lantas saya pun segera berpaling... rupa2nya di tangannya ada mangkuk kecil, bekas berisi keropok udang yang telah habis. Rupa2nya dia datang pada saya adalah kerana nak minta lagi keropoknya yang telah kehabisan itu. Serta-merta saya merasa bersalah dan segera mendapatkannya sambil berkata " sorry sayang, ibu tak perasan tadi...." sambil segera mengisi keropok ke dalam mangkuknya itu. Namun tangisan aina tak juga reda, kecil hati barangkali hinggakan ayahnya pula datang mendapatkannya dan membawanya pergi... saya pun meneruskan menggoreng nasi dengan rasa yang kesal, tu pasal nasi goreng tu tawar takde rasa apa huhuhu...

* Moral cerita ni, jangan suka marah2 anak tak tentu pasal, kecik hati dia nanti...