Sabtu, 24 Oktober 2009

Akibat Banyak DOSA...

1. Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi wuduk akan kehilangan serinya...

2. Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik, mana buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya..

3. Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala...

4. Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat...

5. Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak dengar nasihat...

6. Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibubapanya...

7. Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari...

8. Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian...

9. Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah...

Sekian... Wallahua'lam..

Tiada ulasan: