Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
(2x) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang!
Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa
Bendera Malaysia telah diciptakan oleh seorang Arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, En. Mohamed bin Hamzah pada tahun 1947. 14 jalur lebar membawa maksud malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan. Merah bermaksud gagah berani manakala putih pula melambangkan kesucian. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bulan sabit pula melambangkan agama rasmi Malaysia iaitu Islam manakala bintang pecah 14 pula bermaksud tanda perpaduan antara 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan. Warna kuning pula melambangkan warna diraja.Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.~SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53 TAHUN KEPADA SEMUA~sumber: wikipedia
Puncak dunia telah kau tawan
5 ulasan:
salam..
salam merdeka...
Best entry ini sue jelita. nak minta izin nak copypaste ya
sekamar rindu,
selamat hari merdeka
melur,
silakan kak...
salam kemerdekaan.. raya bersemangat bila baca entry ni...
Salam kemerdekaan lady... thanks lady. Rasa kesal bila tengok golongan muda hari ini esp mat2 rempit yg sambut merdeka dengar berlumba sesama mereka sambil mengibarkan jalur gemilang. merdeka kah itu?
Catat Ulasan