Agak2 hari raya tahun ni jatuh pada hari apa? Khamis atau Jumaat? Hehehe... tak kisahler, janji raya... Persiapan raya awal2 dah buat, baju raya aina dah lama ku beli, sejak bulan 3 lagi. Dah siap berbasuh dan berlipat dalam lemari pun. Asalnya ku beli untuk pakai buat jalan tapi cam sayang pulak, kebetulan baju2 yg ku beli tu agak besar sikit saiznya dari aina. Persiapan baju raya untuk saya pulak, sepasang baju raya pemberian mak... dah tua2 dah berlaki pun masih mak bagi baju raya, kan? Setiap tahun pulak tu... hehehe. Cuma tambah sepasang je lagi, pemberian suami. Wajib tu... Cukuplah dua pasang tahun ni. Tudung raya pun tak beli, pakai je la mana ada. Suami pun tak tambah baju melayu cuma beli t-shirt je sehelai. Cukuplah tu. Yang penting baju raya anak2 (anak2 tiriku juga) dah siap tersedia. Beg tangan pun tak beli, guna aje pemberian suami masa besday dan aniversary dulu. Ada 2, jadi bolehlah gilir2 pakai. Cuma tang sandal je tak menahan, tiba2 pulak tahun ni meroyan nak pakai high heels (3 inc lak tu). Jangan jatuh terpeleot sudaaa...
Tahun ni tahun pertama kami beraya di rumah sendiri, dan tahun ke-2 ku beraya kat Melaka. Kami cuma tukar langsir baru, yang lain masih sama. Memandangkan langsir yang lama sudah kusam, maklumlah dah 7 tahun pun usia langsir tu (langsir lama umah mak) ...nak taknak kenalah ganti. Cuma bahagian dalam rumah aje kami touch up sikit supaya nampak baru, itupun guna cat tahun lepas yang tak habis guna. Kuih raya kami hanya beli 4 jenis je memandangkan kuih raya pemberian tempat kerja suami dah banyak. Ok la tu, save bajet kan... Saya bab2 membuat kuih yang renyah2 ni memang fail.. entahler, tak minat. Bagi saya, lebih baik saya masak memasak dari buat2 kuih ni... Takde bakat kot (atau malas hehehe).
Saya akan balik ke kampung pada hari raya ke-4. Kebetulan adik saya nak datang amik, maklumler kan.. mak saya tu tak boleh kalau saya tak ada. Lagipun, nak kena buat persiapan kat kampung sempena perkahwinan abang saya nanti. Suami saya pulak tak amik cuti raya coz seminggu selepas raya nanti kang nak kena cuti lagi coz meraikan majlis perkahwinan abang saya pada raya ke-8 ni. Jadi suami saya akan menyusul kemudian, maklumler cutinya pun dah tak banyak...
Hmmm, itulah je buat masa ni. Rumah pun tak habis kemas lagi ni. Tunggang langgang macam tongkang pecah pun ada ni. Saja ngelat jap tuk update blog hehehe. K, adios semua...