Sabtu, 4 September 2010

~ Aina yang Periang ~

sangat suka timbang berat... dah 9+kg
PAEDS cakap, takpe yang penting ada peningkatan

Anak dara saya ni sangat2 periang, penyayang, peramah, manja, rajin dan sangat menghiburkan. Ada je keletahnya yang membuatkan saya tersenyum. Sangat suka mengajuk perbuatan orang lain, mulutnya pun sangat keletah... asyik membebel ntah hapa hapa yang kadang2 saya pun tak faham apa yang dia cakapkan. Sangat rajin orangnya... sudah boleh diharap membawa bekas makanannya ke dapur setiap kali selesai makan. Rajin juga mengangkat baju ayahnya dan menghantar ke dalam bilik bilamana ayahnya sepah2kan baju di atas kerusi setiap kali balik kerja. Dah pandai letak sendiri baju kotornya ke dalam bakul kain juga. Rajin juga menyambut kain yang saya angkat dari ampaian dan meletakkannya di atas kerusi dan rajin juga menyusun kerusi di meja makan bilamana kerusi2 tu tak tersusun kedudukannya. Kadang2 tanpa saya suruh pun, dia sendiri yang melakukannya.

Sangat suka keluar berjalan-jalan terutama ke shopping complex. Pernah saya mengejarnya gara2 dia enggan masuk dalam kereta, masa tu kat parkir Giant. Mengamuk-ngamuk dia taknak balik kerana belum puas berjalan. Sib baik ayahnya sentiasa rajin membawa kami keluar, boleh dikatakan setiap hari jugaklah kecuali kalau ayahnya terpaksa kerja lebih masa. Masa tu jiran sebelah lah yang jadi mangsa, pantang nampak diorang nak keluar, mulalah aina meraung-raung nak ikut. Terpaksalah mereka keluar senyap2, tapi kalau pergi ke tempat yang dekat2 mereka bawak juga aina ni keluar. Sangat peramah dengan sesiapa sahaja sampaikan india tukang tolak troli kat mydin pun dia boleh salam dan cium tangan, sungguh bersopan santun ini anak... hehehe...


2 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

comelnya aina... lady suka baby yang peramah macam ni hehe.. esp yang jenis salam cium tangan... sejuk hati kita kan :)

Sueriani Ali berkata...

Lady,
Terlebih peramah lak si aina ni, bangla tengah mop lantai pun dia babai nye. Tapi betul, memang penyejuk hati.. nak marah pun tak jadi =)