Selasa, 30 November 2010

~ Kena Jalani Ujian Audiologi? ~

Assalamualaikum wbt...

Semalam aina ada temujanji dengan Terapi Pertuturan. Nampaknya terapis tu agak tidak berpuas hati dengan prestasi aina. Kesian jugak saya dengan dia, bersungguh-sungguh dia bercakap dan mengajar aina tapi aina tak fokus sangat dengan apa yang diajar. Pulak tu, lain yang disuruh lain yang dibuatnya. Namun begitu menurut terapis tu, aina ni sangat petah tapi dia main sebut je dan perlakuan serta percakapannya juga banyak yang ditiru. Itu memang betul, dan saya juga mengakuinya. Hmm, agak mendukacitakan jugaklah sebab aina terpaksa dirujuk semula ke jabatan Audiologi (ENT). Dengan kata lainnya aina terpaksa menjalani ujian pendengaran, untuk mengenalpasti apakah masalahnya yang sebenar. 

Kali pertama dan terakhir aina menjalani ujian tersebut semasa dia berumur 3 bulan, hasil ujian waktu itu menunjukkan pendengarannya ok, takde masalah. Bagi sayalah, telinga aina ni takde masalah tapi yang jadi masalahnya ialah aina ni tak faham dengan arahan yang diberi. Contohnya jika saya nak suruh dia kemas semua barang permainannya yang bersepah tu, saya kena tunjuk dulu contohnya bagaimana baru aina akan ikut. Pening jugak saya bila mana lain yang saya suruh, lain yang aina buat. Camne nak bagi dia adik kalau dia masih macam ni...?? Apapun tunggu jelah hasil ujiannya nanti pada bulan depan. Mudah2an aina takde masalah darisegi pendegaran....  :(

Aina... dalam kelas Terapi Pertuturan

Rabu, 24 November 2010

~ Cerita Satu Malam ~

Pada suatu malam yang hening, sedang saya sibuk2 memasak nasi goreng untuk suami tercinta, datanglah si kecilku aina terkedek-kedek mendapatkan saya yang waktu itu baru saja menumis bawang di dalam kuali... "Pergi masuk tengok tv ngan ayah, jangan kacau ibu nak masak!" kataku tegas tanpa berpaling sikit pun ke arah aina... Lalu si dia pun berlalu pergi dengan tangisan sedih sambil membebel ntah hape2 ntah, lantas saya pun segera berpaling... rupa2nya di tangannya ada mangkuk kecil, bekas berisi keropok udang yang telah habis. Rupa2nya dia datang pada saya adalah kerana nak minta lagi keropoknya yang telah kehabisan itu. Serta-merta saya merasa bersalah dan segera mendapatkannya sambil berkata " sorry sayang, ibu tak perasan tadi...." sambil segera mengisi keropok ke dalam mangkuknya itu. Namun tangisan aina tak juga reda, kecil hati barangkali hinggakan ayahnya pula datang mendapatkannya dan membawanya pergi... saya pun meneruskan menggoreng nasi dengan rasa yang kesal, tu pasal nasi goreng tu tawar takde rasa apa huhuhu...

* Moral cerita ni, jangan suka marah2 anak tak tentu pasal, kecik hati dia nanti...


Isnin, 22 November 2010

~ Appointment dengan PAED lagi ~

Assalamualaikum semua...
Orang kata diam itu lebih baik, daripada berkata2 tetapi isinya merapu... bimbang pula dituduh syok sendiri. Kalau asyik bercerita tentang benda yang sama je dikhuatiri nanti akan ada yang bosan pula. Lantaran itu, saya lebih selesa membiarkan blog ini sepi jika tidak mempunyai apa2 cerita terbaru dan menarik yang ingin saya kongsikan untuk tatapan semua. Sebenarnya saya sangat2 kagum dengan teman2 blogger yang lain yang sangat2 rajin mengupdate blog, banyaknya idea mereka kan...

Okey, berbalik pada tajuk... macam biasalah appoinment ngan Paed dah ditetapkan setiap 6 bulan sekali, Oftalmologi (mata) pula setahun sekali ( setelah 2 1/2 tahun saya tak pergi gara2 merasa kesian kat aina), dan Pakar Neuro pun setahun sekali (ni lagi best, orang2 kat sana cakap nak datang baru tpon amik tarikh). Hmmm, tapi tiap2 bulan kena hadap Speech Terapi, Gerak kerja dan Fisioterapi tapi selalu sangat saya mengelat sekarang ni hehehe... motifnya tak terlayan gak nak pergi... kan :)

Seawal pukul 8.30 pagi saya dah terpacak kat klinik pakar PAED, selalunya diorang bagi waktu temujanji pukul 11 pagi tapi hari ni awal pulak. Masa daftar tadi tengok orang pun tak ramai. Lega jugak saya rasa sebab tak perlu menunggu lama macam selalu... sampai 2,3 jam menunggu. Tapi aina bad mood la pulak sebab kena bangun awal, dahlah semalam tido lambat. Bagi makan taknak, minum pun taknak. Sampaikan doktor nak check pun dia tak kasi, nanges aje... pun susah jugak!!! Tak kisah la, dah sudah dah pun kan aina... Berat aina tadi 9.1kg. Doktor kata okey... ada peningkatan. Aina sekarang dah boleh naik turun katil dan sofa sendiri, dah boleh bercakap banyak patah perkataan juga dan sangat banyak kerenah hokey... asyik suh saya melawa aje konon nak keluar berjalan la tu.. Apapun layan jelah foto2 terbaru aina ni...



Sekian
~ Wassalam ~

Selasa, 16 November 2010

~ Salam Aidil Adha ~

Assalamualaikum...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
buat semua teman-teman blogger, RH, sahabat handai dan juga sedara
mara walau dimana sahaja anda berada...

*

*

*

*


* Gambar amik kat SINI