Isnin, 28 Mac 2011

~ Rindu Laa... ~

Salam semua...
Aisey... lama pulak saya tinggalkan blog yang banyak berjasa ni kan... Apa kabar semua? Hmmm tak tau lah kenapa masa untuk berblog tu amat2lah terhad, forum pun dh lama tak jenguk, kat fb pun saya dah jarang2 online sekarang ni... Banyak betul perkara yang terjadi dalam hidup saya sepanjang saya menyepikan diri ni sampai tak tahu nak cerita yang mana satu. Tapi sekarang ni macam rindu pulak nak berblog balik...

Oh ye!! Aina baru je keluar wad minggu lepas. Seminggu sebelum tu dia dah terlantar kat rumah kerana demam dan cirit birit. Kebetulan pulak masa tu ayahnya outstation ke JB selama 3 hari. Adoiii sib baiklah ada jiran sebelah rumah yang prihatin. Pastu demam dia makin melarat pulak sampaikan saya terpaksalah antar dia ke hospital. Now dah beberapa hari kat rumah, saya pulak dilanda demam dan sakit tekak yang kronik. Masuk ni dah 3 hari dah sakit tekak ni tak baik2, lagi sakit adalah. Tapi alhamdulillah, demam dah pun beransur sembuh. Merasalah jugak kena inject 1 jarum kat klinik semalam. Tapi alahaiii... tetiba pulak arini aina dilanda selsema dan batuk2... aduhaiiii macam2 dugaan kan... 

Sejak2 hampir 2 minggu aina tak sihat ni, aina asyik monyok je.. tak ceria dah macam dulu. Maybe semangat dia belum pulih sepenuhnya kot. Yelah, masa kat hospital haritu aina kesakitan dan ketakutan kerana asyik kena amik darah dan kena cucuk antibiotik. Dia seakan serik nampaknya. Makan pun dah tak berapa nak, nak nestum je. Makanan lain dia taknak pulak dan beratnya dah susut 1kg pun. Asyik nanes2 je kat hospital, bukak mata je nangis.. bukak mata je nangis sampai keletihan... Lagi2 kalau si baju putih tu datang dekat, lagiler galak dia melalak. Sian kan? sampai saya pun rasa serik... Dah lah tak cukup rest, lagilah tension je...  :)

Banyak lagi ni saya nak bercerita tapi satu2 la yek, kang bercelaru pulak post ni.. Oklah, see u olls nanti ye.. Take care semua...

tertido juga akhirnya...




6 ulasan:

ummu berkata...

assalamualaikum Sue,
siannya Aina yang comel. semoga Sue pun sihat2 selalu ya.lama menyepi, sebab Sue sibuk ya?akak pun jarang dpt menjelajah blog kawan2 sekarang ni,sibuk sendiri je.:)

DeLLa berkata...

kesian kan budak2 sakit..rasa mcm nak gantikan aje..apa pun...semoga semuanya sihat seperti sediakala

nuyue berkata...

patutlaa lama membisu
ada kisah disebaliknyer

adeehhss..sungguh kesian kalau anak2 kita xsihatkan..kita nak buat apa2 pun xtenang...

semoga aina & sue bertambah sihat yer

Sueriani Ali berkata...

Ummu,
Waalaikumussalam... terima kasih kak. Tuler, bila lama tak jengah teringin jugak nak tanya kabar dan amik tahu perkembangan kwn2 yg lain :)

Della,
Terima kasih.. Insyaallah..

Nuyue,
Terima kasih...Insyaallah. Tu ler kan, kdg2 ada ide tapi line tenet pulak takde.. bila line ada, ide pulak takde.. hehehe

fisa othman berkata...

kesian tengok Aina...rasanya biar la kita yang sakit jangan anak2 kita yang sakit kan...

semoga Aina sentiasa seihat dan ceria ye...;)

Lady of Leisure berkata...

moga aina makin sihat.. kiss pipi skit.. :)