Isnin, 22 Februari 2010

An Appointment with PAED

 

Pada 12hb Februari 2010, aina ada temujanji dengan doktor pakar kanak-kanak di HM. Alhamdulillah, kondisi kesihatannya amat baik dan kedua-dua shuntnya juga berfungsi dengan baik. Nampaknya doktor berpuas hati dengan perkembangan aina. Doktor bertanya samada saya mahu atau tidak aina dirujuk kepada Speech Therapy, atau saya mahu melatih sendiri di rumah memandangkan aina pun sudah faham dan boleh menuturkan beberapa patah perkataan. Cuma aina belum pandai membuat ayat. Hmmm... elok juga kalau aina dihantar ke sana, mana tahu dia boleh belajar sesuatu yang baru.

Oh ya!!! Doktor juga menyatakan apabila tiba masanya nanti, mereka akan decide samada aina akan ditempatkan di sekolah khas atau tidak. Saya sebenarnya sangat2 berpuashati dengan kebolehan aina dan mahu yang terbaik buat aina..



Ahad, 7 Februari 2010

Tag ABC...

pinjam nana punyer jigsaw puzzle

Ayakkkkkkkkk, kena tag sudah..
Tag ini datangnye daripada umisofie, yang telah mencabar 
kawan2 dan juga para pengikutnya untuk menyahut cabaran ini.. 
Alah, sonang kacang aje ni, mesti buleh buat punyer.. hihihi

Apa khabar sume?
Buat pe tu?
Cepatnya masa berlalu, kan? Sedar tak sedar
Dah masuk bulan Februari 2010
Esok dah hari Isnin..
Fikirkan masa depan..
Gambaran masa depan?
Hanya Allah maha mengetahui..
Inginku putar masa lalu,
Jika boleh.......,
Ku ingin menjadi lebih baik dari sebelum ini
Lebih2 lagi bila usia semakin
Menginjak dewasa
Namun apakan daya
Owh tidak!!!
Peluang hanya datang sekali
Qada' dan qadar dari Nya ku terima
Rezeki tidak datang bergolek
Susah dan senang..
Tetap harus diharungi..
Untuk mencapai,
Visi dan misi
Walaupun bercerai badan..
Xpdc ini tetap diteruskan..
Yang pasti,
Zaman remajaku dah berlalu ...
Kuang kuang kuang !!!

huhuhu.. berpeluh jugak nak siapkan tag ni.. Ntah hape2 la yang aku merepek nih, kan? So, pada kengkawan yang lain, ada berani? Jom sahut cabaran ini...


Sabtu, 6 Februari 2010

Kemurkaan Allah terhadap Nabi Adam

NABI Adam dan isterinya telah melanggar larangan Allah daripada memakan buah khuldi. Allah telah berpesan kepada Nabi Adam bahawa jangan mendekati pokok khuldi itu. Allah juga mengingatkan baginda bahawa iblis itu adalah musuhnya, tetapi baginda masih terpedaya dengan pujukan iblis tersebut.

Dengan perasaan sedih dan penuh penyesalan, Nabi Adam dan isterinya, Hawa meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Nabi Adam berkata bahawa sesungguhnya baginda telah menganiaya dirinya sendiri.

Sekiranya Allah tidak mengampuni dirinya, baginda akan menjadi seorang yang rugi untuk selama-lamanya.
Dengan nada marah, Allah berfirman kepada Nabi Adam dengan mengatakan bahawa Dia telah memberikan tempat untuk Nabi Adam dan isterinya di syurga yang penuh dengan segala bentuk nikmat. Cuma satu yang dilarang iaitu memakan buah khuldi tetapi buah itu ternyata lebih diinginkan oleh Nabi Adam berbanding dengan segala isi lain yang ada di syurga.

Nabi Adam berasa sangat sedih apabila mendengar firman Allah itu. Air mata baginda dan isterinya jatuh berlinangan tanpa henti. Nabi Adam mengatakan bahawa baginda sungguh tidak menyangka iblis sanggup berbohong kepadanya dengan bersumpah atas nama Allah.

Allah memutuskan bahawa Nabi Adam dan isterinya harus meninggalkan syurga. Mereka akan diturunkan ke bumi. Di bumi mereka akan bersusah payah, mencurahkan keringat dan air mata untuk mencari rezeki.
Dengan air mata yang berlinangan, disulami dengan perasaan sedih dan takut, Nabi Adam bersimpuh sambil menundukkan kepala dan meminta ampun, "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku! Ampunilah aku!"

Air mata Nabi Adam dan isterinya semakin banyak bercucuran. Kedua-duanya menangis tersedu-sedu sambil menanggung penyesalan yang tidak terkira di atas kesalahan yang dilakukan akibat terpedaya dengan pujukan iblis itu.

lPetikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.