Jumaat, 19 Mac 2010

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD...


Assalamualaikum...
Firstly, terima kasih kepada Ummu Masyitah
kerana telah berbesar hati 
menghadiahkan award ini kepada blog
saya yang tak seberapa ni..
Sebenarnya saya tak perasan pun,
tapi bila dapat PM kat RH baru ler tahu.. 
Lorrr kena amik award rupanya ngeh3...
Nak dapatkan award ni,
ada syarat2 yang perlu diikuti dan kena tags juga..

Syarat-syarat seperti di bawah:
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently
discovered and think are fantastic...
 

Hmm... puas jugak saya fikir...
rasanya kawan2 blogger saya semuanya fantastic..
tapi syaratnya cuma 15 Orang..
kepada yang tak tersenarai tu saya mintak ampun ya..
anda semua tetap fantastic..

ANTARANYA :













3. Contact said Blogs and let them know
they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.

Tentang diri saya..
1. Saya seorang surirumah 
2. Seorang yang pemalu dan pendiam 
terutama dengan orang yang tak dikenali/baru dikenali..
3. Suka menghias rumah...
4. Suka melayan internet..
5. Suka shoping..
6. Suka makan2..
7. Suka jalan2..

Kepada semua yang tersenarai harap2 sudilah menerima
award ni dan juga sudi2kanlah jawab tag ni..
Sekian terima kasih daun keladi nehhhh...


Sabtu, 6 Mac 2010

Aina Terjatuh Lagi...


Hati saya sekarang ni cukup2 risau, mana taknya.. pagi tadi aina jatuh terduduk, dan kakinya bengkak. Masa tu aina tengah berdiri sambil berpaut pada kerusi di ruang tamu sambil2 menonton tv bersama ayahnya dan saya pulak sibuk membasuh di belakang. Masa dengar aina menangis tadi saya biarkan sahaja, memandangkan ayahnya ada bersama. Tapi biasalah, naluri seorang ibu..tentulah nak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Lantas saya tinggalkan sahaja kain yg sedang dibasuh dan bergegas mendapatkan aina, saya lihat aina dah pun duduk di pangkuan ayahnya dan ayahnya memberitahu aina jatuh terduduk. Melihatkan aina yang tidak berhenti menangis, saya terus ambil dan memandikannya tapi tangisannya tak jugak reda malah makin teresak-esak. Masa tengah memandikan aina tadi saya memang perasan yang kakinya merah, ingatkan takde apa2 yang serius. Kata ayahnya mungkin dia terperanjat, saya pun pelik jugak kenapalah aina menangis tak henti2, teresak-esak lak tu. Lepas ayahnya bawak aina pusing2 ngan kereta kejap, terus saya tidokan aje si aina tu..

Masa aina bangun dari tido tadi, aina menangis lagi dan tidak mahu duduk. Masa saya letak dia kat bawah barulah saya perasan yang kakinya sentiasa terangkat2. Belek punya belek rupanya kakinya dah mula bengkak, mulalah saya nak menangis dan tak tentu arah. Kelam kabut le tipon cik somi bagitahu, somi cakap tak nampak pulak kaki aina ni terpeleot ke apa tadi.. Hish, risau sungguh bila aina mula takmau berjalan, takmau berdiri dan takmau duduk. Bila dibawa bertatih mulalah dia menangis2, sakit agaknya. Lantas saya tidokan lagi aina tuh..

Saya sebenarnya tak tahu nak buat apa, aina tak bagi saya pegang kakinya, saya tak berani nak urut sebarang, kang lain pulak jadinya. Nak taruk ubat pun tak berani, tak terpikir pulak nak tuam kaki dia.. Errr, bolehke tuam? Esok, kalau bengkak kaki aina tu tak surut jugak, ayahnya nak bawak ke hospital aje. Mintak2 ler takde yang serius, yelah risaukan..


Jumaat, 26 Februari 2010

Maulid Nabi rai kelahiran Islam



MAKAM Rasulullah di Masjid Nabawi, Madinah yang menjadi tumpuan dan ziarah umat Islam dari seluruh dunia.


MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.
Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas
Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain. 

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. 

Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. 

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan. 

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. 

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. 

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.
Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi. 

Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. 
 
"Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. 

"Sa'd bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran. 

"Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

"Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

"Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

"Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam". 

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A'raf: 157)
 
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar".

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan".

Maka Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu". (riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

sumber : Utusan Malaysia