Lama jugak aina tak demam, last dia demam tahun lepas... itupun sebab dia sakit perut coz saya bagi makan pisang banyak sangat. Tiba2 pagi semalam suhu badannya naik, terasa panas je. Maybe sebab sehari sebelum tu saya bawak aina keluar satu hari suntuk sampai aina tak cukup rest, dibawa berjalan sampai larut malam... gara2 ayahnya yang giler mancing. Kebetulan hari tu rumah saya blackout, jadi kami pun keluar. Now yang susah saya jugakkan? Lepas ni, kesihatan aina akan saya utamakan dulu. Nak keluar pun, biar aina cukup tidur dan cukup rehat...
Kesian melihatkan aina yang hanya terbaring tak berdaya, makan dan minum pun sambil baring. Langsung tak larat nak bangun, apatah lagi duduk. Kami dah bawak aina ke klinik panel, menurut doktor., tekak aina merah dan pecah2. Suami saya pun, tak kerja kerana kesiankan aina yang asyik merengek dan tak bermaya. Terasa menyesal pulak kerana mengikut suami mancing ari tu, hmmmmmmm....
Pagi tadi nampak demam aina semakin kebah, setelah dimandi dan diberikan ubat.. nampak dia sihat sikit. Dan petang tadi, aina kembali aktif dan cergas bermain. Alhamdulillah, demam aina tidak berlarutan. Paling penting aina takde batuk2 dan selsema, kalau ada memang lambatlah baiknya tu. Lega sikit hati saya bila lihat aina semakin sembuh, kalau tak saya memang cukup2 risau bila aina demam. Manakan tidak, dia hanya bergantung dengan nestum dan air kosong semata.. kalau demam, apapun dia taknak. Kalaulah saya masih mempunyai susu badan, takdelah aina menderita macam ni... :((
kesiankan, kurus kering anak saya ni...
6 ulasan:
hati seorang ibu mesti risau kalau anak tak sihat kan.. semoga aina cepat sembuh ye...
Thanks lady...
Salam Sue
macam mana keadaan Aina sekarang?sian Aina,mesti Aina tak lalu nak makan...
Salam ummu,
demam aina berulang2 la kak, dah baik pastu demam balik.. skrg ni selsema pulak... musim kot..
Salam dik,
Akak baru jumpa blog ni..SAbar ya dik..Andalah ibu terbaik yang cukup penyayang semoga Allah melapangkan kehidupanmu dunia dan akhirat..
anakmuaalaf,
Amin.. terima kasih kerana mendoakan saya, semoga akak juga akan diberkati oleh Allah swt selalu...
Catat Ulasan