Khamis, 2 September 2010

~ Dapat Surat Chenta laa Pulak ~

Pening kepala saya satu hari ni. Dalam sibuk2 nak raya, mana nak pakai duit banyak ni la saya dapat surat cinta tu... Aduyaiiii, macam2 dugaan betul. Baru minggu lepas saya bayar separuh daripada tunggakan, alih2 hari ni dapat 14 hari notis bayaran balik pinjaman pendidikan sebanyak RM9++++. Mana nak betul aircond kereta lagi, yang dah berbulan rosak. Gasket lagi bocor. Persiapan raya lagi, nak balik kg lagi, bla bla bla...Boleh pitam rasanya cuma tak pitam je ari ni, mood pun swing je ni... Hmmm... terfikir gak kalau tak bayar semua, bulan2 tetap kena bayar. Yang jadi masalahnye ialah bayaran bulanannya tu. Maklumler sayakan tak bekerja, harapkan duit poket dari suami je. Kalau ada lebih bolehler g bayar. Kesian gak kat somi, hutang saya takkan nak suruh somi bayarkan pulak. Mana ngan belanja dapur, rumah, bil2, kereta bla bla bla lagi. Kalau abaikan pulak, tetiba dapat surat lawyer kang lagi ler bertambah kosnya. Tapikan kalau bayar semua alamatnya nipis la duit lam akaun tu. Aduh, buntu... buntu... Dahlah mintak kerja pun tak dapat2...

7 ulasan:

zura_habibhaariz berkata...

haha..samala kita dh dpt surat cinta...hrpkan hubby yg byr kan..kita mana ada income...

Lady of Leisure berkata...

huhu.. lady faham.. time raya ni banyak nak pakai duit kan time ni pulak dapat surat2 cinta.. moga Allah permudahkan jalan..

Sueriani Ali berkata...

mrs_zura,
aik, dapat jugak ke? hehehe. Sebelum ni bulan2 memang hubby bayarkan cuma 2,3 bulan ni tak sempat nak rolling duit. terus dapat surat, aisey...

Sueriani Ali berkata...

Lady,
Mudah-mudahan. Biasa diaorg kan, dah tau nak raya sengaja je antar surat cinta kan.. hehehe...

DeLLa berkata...

sabar ye...dugaan tu..mudah2an Allah ringankan

melur berkata...

Sue jelita, telefon pihak berkenaan minta penanguhan buat sementara waktu. Mungkin ada pertimbangan dan tolak ansur. tak salah mencuba.

Sueriani Ali berkata...

Della,
terima kasih.. dugaan tul kan...

Melur,
Saya dah bayar habis tunggakan tu tadi, harap diaorg leh abaikanlah notis tu. Mudah2an ler kak...