Rabu, 24 November 2010

~ Cerita Satu Malam ~

Pada suatu malam yang hening, sedang saya sibuk2 memasak nasi goreng untuk suami tercinta, datanglah si kecilku aina terkedek-kedek mendapatkan saya yang waktu itu baru saja menumis bawang di dalam kuali... "Pergi masuk tengok tv ngan ayah, jangan kacau ibu nak masak!" kataku tegas tanpa berpaling sikit pun ke arah aina... Lalu si dia pun berlalu pergi dengan tangisan sedih sambil membebel ntah hape2 ntah, lantas saya pun segera berpaling... rupa2nya di tangannya ada mangkuk kecil, bekas berisi keropok udang yang telah habis. Rupa2nya dia datang pada saya adalah kerana nak minta lagi keropoknya yang telah kehabisan itu. Serta-merta saya merasa bersalah dan segera mendapatkannya sambil berkata " sorry sayang, ibu tak perasan tadi...." sambil segera mengisi keropok ke dalam mangkuknya itu. Namun tangisan aina tak juga reda, kecil hati barangkali hinggakan ayahnya pula datang mendapatkannya dan membawanya pergi... saya pun meneruskan menggoreng nasi dengan rasa yang kesal, tu pasal nasi goreng tu tawar takde rasa apa huhuhu...

* Moral cerita ni, jangan suka marah2 anak tak tentu pasal, kecik hati dia nanti...


7 ulasan:

ummu berkata...

salam Sue
wah cerdiknya Aina
pandai dia minta dengan ibunya kan
akak pun kadang2 bila tengah menahan sakit,dlm masa yg sama,anak nak datang kacau akak sdg memasak,akak tak tengok pun kat anak,rupanya anak nak makan.
anak-anak ini penghbur dan kekuatan kita, kan Sue.

Sueriani Ali berkata...

Ummu,
ituler, kekadang time kita sibuk buat kerja time tu ler anak datang mintak perhatian daripada kita. tambahan lagi kat rumah ni cuma kami berdua je, takde orang lain tu yang kejap2 dia datang mengacau. tapi klu takde dia sunyi pulak rasanya, kan...

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

sian aina...
ibu nak kena babab ni. marah aina yer....

Sueriani Ali berkata...

Fiza,
tiap kali kalau saya marahkan aina, tentu saya akan rasa bersalah. time marah tu tak henggat pulak hehehe...

Melur Jelita berkata...

Ala sue jelita,
akak selalu macam tu, dah perasan baru sedar, sedih sangat marah anak. ya la time kita tengah masak kan, konsentrasi kena lebih ..tak gitu...he he

Sueriani Ali berkata...

Melur Jelita.
Yelah kak, saya mesti akan rasa menyesal sangat lepas marah anak :(

Murni Delights berkata...

sian aina..
pndai dia..tak ckap pe pun merajuk la tue..he..he..
nak kene rotan ni mama aina...he..he