Selasa, 30 Mac 2010

~ tAg dAri kElly cHiA~

Salam semua...
Dapat tag lagi...
Kali ini datangnya dari Kelly Chia, yang dah lama tak bagi homework...
Mari kita tengok hasilnya....

*
*
*
1) ADAKAH ANDA MERASA ANDA H0T?
Hehehe.. oh yess!!!
Sudah semestinya saya hot, maklumlahkan...
cuaca sekarang ni kan panas...
*
*
*
2) UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YG ANDA GUNA SKRG?

pakai wallpaper ni...
tak gheti nak upload cam Kelly wat tu...

3) CERITA PASAL GAMBAR INI?
My lovely doter...
suka senyuman dia dalam pic ni...

4) KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA?
Tahun lepas kot...
dah lama tak makan Pizza...
Suka Shakey's pizza...

5) LAGU TERAKHIR AKU DENGAR?
Nanana... TV3...
Lagu tema TV3 laa...

6) APA ANDA BUAT SAMBIL MELAYANI TAG INI?
Tengah layan Buletin Utama...

7) SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL DENGAN NAMA?
"Yang" oleh suamiku...
Aina belum pandai panggil aku "Ibu"...
8) TAG LAGI 5 ORANG YANG ANDA NAK...

9) SIAPA ORANG NOMBOR 1 BAGI ANDA?
~ seorang rakan RH dan FBku...
~ Mummy kepada Alya...

10) KATAKAN SESUATU PADA ORANG NOMBOR 5?
~ Fiza, u r Supermom...
~ Stop crying and be strong k...

11) NOMBOR 3 ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA?
~ hmmm... mummy kepada arry dan molly
n wife to someone yang ganteng and romantic...

12) KATA2 CINTA UNTUK ORANG NO.4?
Friendship Forever...

13) BERIKAN 5 YANG ANDA TAHU TENTANG ORANG YANG TAG ANDA?
~ Isteri kepada Muhamad Daniel Chia
~ Mummy kepada Daniesh dan Daniey
~ Rakan RH dan juga FBku...
~ Tinggal kat Klang...
~ Sangat2 supportive orangnya...

Itu saja untuk kali ini...
Sape2 yang kena tag tu, rajin2 lah yer...
Terima kasih...

Sabtu, 27 Mac 2010

~H0t MAma AwARDs~

1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:
Thanks a lots to eyta@hotmama kerana telah menyerahkan
award ini kepada saya...

2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:
Anak saya baru sorang...
Lahir pada 01 Julai 2007..
Diberi nama Nur Aina Farhana binti Razali..
Nama ini dipilih sejak anak saya dalam kandungan lagi.. 

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant: 

Masa preggy dulu saya tak pernah bergambar..
Tak terfikir pun nak amik gambar..
Sekarang ni menyesal la pulak sebab takde gambar2 kenangan
masa pregnant..

4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:
Award ini saya serahkan kepada  semua mommies blogger
yang menjadi follower saya...
Anda semua adalah h0t Mama...
Terima kasih...


Selasa, 23 Mac 2010

~tAg 10~


 

Tag ini datangnya daripada LOL dan saSha aka Mumyalya..
Demi menghargai mereka berdua, saya cuba buat wlupun terlewat hehehe..
dan saya kena siapkan secepat mungkin kerana Aina sekarang ni asyik meragam
setiap kali saya menghadap komputer.. macam tu lah dia sekarang ni..
langsung taknak duduk..

Untuk menjawab tag ini ada caranya iaitu...

kepada seorang cahayamata perempuan iaitu Nur Aina Farhana.
Merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan sering menghabiskan masa
depan komputer, membaca majalah , melayani suami dan anak tersayang 
dan pelbagai lagi rutin harian sebagai isteri dan ibu..

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Saya tidak mempunyai ramai kawan, hanya sebilangan sahaja..
Ramai yang dah lost contact..

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
banyakkkkk sangat...

[4] Siapakah nama pasangan anda?
En. Razali

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
i) Baik hati..
ii) penyayang..
iii) tak kedekut langsung..
iv) sentiasa cuba memenuhi kemahuan saya..
v) senyumannya..

[6] Bila tarikh anda couple?
tak ingat langsung..
asalnya kami hanya kawan..

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
hampir tak jadi kawen..
ngeh..

[8] Lagu tema cinta anda?
Lagu Jamal Abdillah..

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Lebih berjaya dalam hidup..

[10] Tag 10 rakan ada yang lain
saya tag kepada semua kawan2 yang membaca tag ini..
harap sudi2kan lah ye membuatnya..
Sekian terima kasih..


Jumaat, 19 Mac 2010

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD...


Assalamualaikum...
Firstly, terima kasih kepada Ummu Masyitah
kerana telah berbesar hati 
menghadiahkan award ini kepada blog
saya yang tak seberapa ni..
Sebenarnya saya tak perasan pun,
tapi bila dapat PM kat RH baru ler tahu.. 
Lorrr kena amik award rupanya ngeh3...
Nak dapatkan award ni,
ada syarat2 yang perlu diikuti dan kena tags juga..

Syarat-syarat seperti di bawah:
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently
discovered and think are fantastic...
 

Hmm... puas jugak saya fikir...
rasanya kawan2 blogger saya semuanya fantastic..
tapi syaratnya cuma 15 Orang..
kepada yang tak tersenarai tu saya mintak ampun ya..
anda semua tetap fantastic..

ANTARANYA :













3. Contact said Blogs and let them know
they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.

Tentang diri saya..
1. Saya seorang surirumah 
2. Seorang yang pemalu dan pendiam 
terutama dengan orang yang tak dikenali/baru dikenali..
3. Suka menghias rumah...
4. Suka melayan internet..
5. Suka shoping..
6. Suka makan2..
7. Suka jalan2..

Kepada semua yang tersenarai harap2 sudilah menerima
award ni dan juga sudi2kanlah jawab tag ni..
Sekian terima kasih daun keladi nehhhh...


Sabtu, 6 Mac 2010

Aina Terjatuh Lagi...


Hati saya sekarang ni cukup2 risau, mana taknya.. pagi tadi aina jatuh terduduk, dan kakinya bengkak. Masa tu aina tengah berdiri sambil berpaut pada kerusi di ruang tamu sambil2 menonton tv bersama ayahnya dan saya pulak sibuk membasuh di belakang. Masa dengar aina menangis tadi saya biarkan sahaja, memandangkan ayahnya ada bersama. Tapi biasalah, naluri seorang ibu..tentulah nak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Lantas saya tinggalkan sahaja kain yg sedang dibasuh dan bergegas mendapatkan aina, saya lihat aina dah pun duduk di pangkuan ayahnya dan ayahnya memberitahu aina jatuh terduduk. Melihatkan aina yang tidak berhenti menangis, saya terus ambil dan memandikannya tapi tangisannya tak jugak reda malah makin teresak-esak. Masa tengah memandikan aina tadi saya memang perasan yang kakinya merah, ingatkan takde apa2 yang serius. Kata ayahnya mungkin dia terperanjat, saya pun pelik jugak kenapalah aina menangis tak henti2, teresak-esak lak tu. Lepas ayahnya bawak aina pusing2 ngan kereta kejap, terus saya tidokan aje si aina tu..

Masa aina bangun dari tido tadi, aina menangis lagi dan tidak mahu duduk. Masa saya letak dia kat bawah barulah saya perasan yang kakinya sentiasa terangkat2. Belek punya belek rupanya kakinya dah mula bengkak, mulalah saya nak menangis dan tak tentu arah. Kelam kabut le tipon cik somi bagitahu, somi cakap tak nampak pulak kaki aina ni terpeleot ke apa tadi.. Hish, risau sungguh bila aina mula takmau berjalan, takmau berdiri dan takmau duduk. Bila dibawa bertatih mulalah dia menangis2, sakit agaknya. Lantas saya tidokan lagi aina tuh..

Saya sebenarnya tak tahu nak buat apa, aina tak bagi saya pegang kakinya, saya tak berani nak urut sebarang, kang lain pulak jadinya. Nak taruk ubat pun tak berani, tak terpikir pulak nak tuam kaki dia.. Errr, bolehke tuam? Esok, kalau bengkak kaki aina tu tak surut jugak, ayahnya nak bawak ke hospital aje. Mintak2 ler takde yang serius, yelah risaukan..