Jumaat, 26 Februari 2010

Maulid Nabi rai kelahiran Islam



MAKAM Rasulullah di Masjid Nabawi, Madinah yang menjadi tumpuan dan ziarah umat Islam dari seluruh dunia.


MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.
Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas
Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain. 

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. 

Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. 

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan. 

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. 

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. 

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.
Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi. 

Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. 
 
"Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. 

"Sa'd bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran. 

"Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

"Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

"Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

"Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam". 

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A'raf: 157)
 
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar".

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan".

Maka Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu". (riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

sumber : Utusan Malaysia

Isnin, 22 Februari 2010

An Appointment with PAED

 

Pada 12hb Februari 2010, aina ada temujanji dengan doktor pakar kanak-kanak di HM. Alhamdulillah, kondisi kesihatannya amat baik dan kedua-dua shuntnya juga berfungsi dengan baik. Nampaknya doktor berpuas hati dengan perkembangan aina. Doktor bertanya samada saya mahu atau tidak aina dirujuk kepada Speech Therapy, atau saya mahu melatih sendiri di rumah memandangkan aina pun sudah faham dan boleh menuturkan beberapa patah perkataan. Cuma aina belum pandai membuat ayat. Hmmm... elok juga kalau aina dihantar ke sana, mana tahu dia boleh belajar sesuatu yang baru.

Oh ya!!! Doktor juga menyatakan apabila tiba masanya nanti, mereka akan decide samada aina akan ditempatkan di sekolah khas atau tidak. Saya sebenarnya sangat2 berpuashati dengan kebolehan aina dan mahu yang terbaik buat aina..



Ahad, 7 Februari 2010

Tag ABC...

pinjam nana punyer jigsaw puzzle

Ayakkkkkkkkk, kena tag sudah..
Tag ini datangnye daripada umisofie, yang telah mencabar 
kawan2 dan juga para pengikutnya untuk menyahut cabaran ini.. 
Alah, sonang kacang aje ni, mesti buleh buat punyer.. hihihi

Apa khabar sume?
Buat pe tu?
Cepatnya masa berlalu, kan? Sedar tak sedar
Dah masuk bulan Februari 2010
Esok dah hari Isnin..
Fikirkan masa depan..
Gambaran masa depan?
Hanya Allah maha mengetahui..
Inginku putar masa lalu,
Jika boleh.......,
Ku ingin menjadi lebih baik dari sebelum ini
Lebih2 lagi bila usia semakin
Menginjak dewasa
Namun apakan daya
Owh tidak!!!
Peluang hanya datang sekali
Qada' dan qadar dari Nya ku terima
Rezeki tidak datang bergolek
Susah dan senang..
Tetap harus diharungi..
Untuk mencapai,
Visi dan misi
Walaupun bercerai badan..
Xpdc ini tetap diteruskan..
Yang pasti,
Zaman remajaku dah berlalu ...
Kuang kuang kuang !!!

huhuhu.. berpeluh jugak nak siapkan tag ni.. Ntah hape2 la yang aku merepek nih, kan? So, pada kengkawan yang lain, ada berani? Jom sahut cabaran ini...


Sabtu, 6 Februari 2010

Kemurkaan Allah terhadap Nabi Adam

NABI Adam dan isterinya telah melanggar larangan Allah daripada memakan buah khuldi. Allah telah berpesan kepada Nabi Adam bahawa jangan mendekati pokok khuldi itu. Allah juga mengingatkan baginda bahawa iblis itu adalah musuhnya, tetapi baginda masih terpedaya dengan pujukan iblis tersebut.

Dengan perasaan sedih dan penuh penyesalan, Nabi Adam dan isterinya, Hawa meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Nabi Adam berkata bahawa sesungguhnya baginda telah menganiaya dirinya sendiri.

Sekiranya Allah tidak mengampuni dirinya, baginda akan menjadi seorang yang rugi untuk selama-lamanya.
Dengan nada marah, Allah berfirman kepada Nabi Adam dengan mengatakan bahawa Dia telah memberikan tempat untuk Nabi Adam dan isterinya di syurga yang penuh dengan segala bentuk nikmat. Cuma satu yang dilarang iaitu memakan buah khuldi tetapi buah itu ternyata lebih diinginkan oleh Nabi Adam berbanding dengan segala isi lain yang ada di syurga.

Nabi Adam berasa sangat sedih apabila mendengar firman Allah itu. Air mata baginda dan isterinya jatuh berlinangan tanpa henti. Nabi Adam mengatakan bahawa baginda sungguh tidak menyangka iblis sanggup berbohong kepadanya dengan bersumpah atas nama Allah.

Allah memutuskan bahawa Nabi Adam dan isterinya harus meninggalkan syurga. Mereka akan diturunkan ke bumi. Di bumi mereka akan bersusah payah, mencurahkan keringat dan air mata untuk mencari rezeki.
Dengan air mata yang berlinangan, disulami dengan perasaan sedih dan takut, Nabi Adam bersimpuh sambil menundukkan kepala dan meminta ampun, "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku! Ampunilah aku!"

Air mata Nabi Adam dan isterinya semakin banyak bercucuran. Kedua-duanya menangis tersedu-sedu sambil menanggung penyesalan yang tidak terkira di atas kesalahan yang dilakukan akibat terpedaya dengan pujukan iblis itu.

lPetikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Jumaat, 5 Februari 2010

Sesi Fisioterapi II

Sesi fisioterapi kali ni, aina diajar cara-cara untuk naik dan turun dari tempat tinggi supaya dia boleh naik turun sendiri dari katil atau tempat tido.

walaubagaimanapun, tetap nak duduk depan cermin

 
tertonggeng-tonggeng nak duduk sendiri


marah la tu!!

alamak! camna nak turun ni?

tolongggggggg!!!

Aduyaiiiiiiiiii, memang takleh wat ape ar ngan budak sorang ni, kalau dipaksa-paksa camnilah jadinye.Ni dah kira baguslah jugak daripada dulu, langsung taknak duduk...


Isnin, 1 Februari 2010

Aina dan Cermin...


Anak dara sorang ni takleh jumpa cermin. 
Tengoklah aksinya, kalau jumpa cermin je.. macam2 stail dia buat. 
Hihihi.. dia pun nak melawa jugak, betulkan rambut lah, betulkan baju lah, pastu ketawa sorang2..
Masa ni kat Parkson, 
tengah saya duk belek2 handbag kat Carlo Rino tu, 
sempatler ayah dia snapkan gambo nih...hihihi..

Yong Tau Foo

Beberapa hari yang lepas, saya dan en. somi teringin nak makan Yong Tau Foo. Cam biasa lah port kitaorang kat sini..

Terletak di Taman Bertam Perdana, kat area2 Bertam Malim, Cheng. Kedai 2 tingkat ni sentiasa penuh ngan pelanggan terutama time ujung bulan atau time orang baru dapat gaji. Kalau sesiapa yang sedang berdiet tu, dan taknak makan makanan yang berat2 pada waktu malam, sini ler tempatnya..


Terdapat 2 pilihan samada nak makan hidang cam kat atas ni atau nak bekas asing2, terpulang kepada citarasa masing2. Biasanya klu family diorg prefer pilih cara hidang, jimat sket. Boleh pilih, samada nak tambah bihun, mee ataupun kue teow. Cam kitaorang lebih suka kue teow, dihidang panas2 dengan ditaburi daun bawang dan bawang goreng yang rangup, perrgh layaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnn!

dah sampai, apalagi.. cedok aje ler..

Saya dan suami memang selalu makan kat sini, sebab terdapat banyak pilihan bahan2 seperti bebola sotong, bebola udang, ketam, sosej, bunga kobis, brokoli, capsicum, cendawan putih dan pelbagai lagi. Kedainya pun bersih dan selesa.