Sabtu, 6 Mac 2010

Aina Terjatuh Lagi...


Hati saya sekarang ni cukup2 risau, mana taknya.. pagi tadi aina jatuh terduduk, dan kakinya bengkak. Masa tu aina tengah berdiri sambil berpaut pada kerusi di ruang tamu sambil2 menonton tv bersama ayahnya dan saya pulak sibuk membasuh di belakang. Masa dengar aina menangis tadi saya biarkan sahaja, memandangkan ayahnya ada bersama. Tapi biasalah, naluri seorang ibu..tentulah nak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Lantas saya tinggalkan sahaja kain yg sedang dibasuh dan bergegas mendapatkan aina, saya lihat aina dah pun duduk di pangkuan ayahnya dan ayahnya memberitahu aina jatuh terduduk. Melihatkan aina yang tidak berhenti menangis, saya terus ambil dan memandikannya tapi tangisannya tak jugak reda malah makin teresak-esak. Masa tengah memandikan aina tadi saya memang perasan yang kakinya merah, ingatkan takde apa2 yang serius. Kata ayahnya mungkin dia terperanjat, saya pun pelik jugak kenapalah aina menangis tak henti2, teresak-esak lak tu. Lepas ayahnya bawak aina pusing2 ngan kereta kejap, terus saya tidokan aje si aina tu..

Masa aina bangun dari tido tadi, aina menangis lagi dan tidak mahu duduk. Masa saya letak dia kat bawah barulah saya perasan yang kakinya sentiasa terangkat2. Belek punya belek rupanya kakinya dah mula bengkak, mulalah saya nak menangis dan tak tentu arah. Kelam kabut le tipon cik somi bagitahu, somi cakap tak nampak pulak kaki aina ni terpeleot ke apa tadi.. Hish, risau sungguh bila aina mula takmau berjalan, takmau berdiri dan takmau duduk. Bila dibawa bertatih mulalah dia menangis2, sakit agaknya. Lantas saya tidokan lagi aina tuh..

Saya sebenarnya tak tahu nak buat apa, aina tak bagi saya pegang kakinya, saya tak berani nak urut sebarang, kang lain pulak jadinya. Nak taruk ubat pun tak berani, tak terpikir pulak nak tuam kaki dia.. Errr, bolehke tuam? Esok, kalau bengkak kaki aina tu tak surut jugak, ayahnya nak bawak ke hospital aje. Mintak2 ler takde yang serius, yelah risaukan..


12 ulasan:

Yasmin Nabilah.. berkata...

kesiannya Aina..Hurm..ina pun takde pengalaman jugak tentang bab bengkak2 ni. Rasanya kaedah tuam tu mungkin berkesan. Mungkin juga Kak Sue letak minyak sikit ke..tapi jgn urut la kot.Urut kan jadik lain pulak kan..takpun akak bandage ke..klu melarat gi spital..tu yang terbaik..

Sueriani Ali berkata...

Thanks Noina..
akak tengok ari ni aina dah ok, dah boleh bergerak aktif cam biasa.. cuma dia taknak bangun sndiri. Bengkak tu masih ada, tapi nampaknya dah tak sakit cam semalam. Hmm, sib baik tak melarat..

sasha @ mumyalyaqil berkata...

sue..
bawa gi spital cecepat..manatau ada cedera serius(semoga dijauhkan)tak pun bawa gi klinik yg ada xray..waduh..ku pulak yg risau nih..semoga aina cepat sembuh ye..
kiss for aina :)

Eyta Darus berkata...

Salam Sue..
Kesiannyer aina..budak2 kalau dah lasak memang kita kena perhatikan selalu.Bila leka sikit mcm2 boleh terjadikan.. Sue cepat bawa gi hospital lar...risau tau kaki aina dh bengkak..semoga kaki aina tak apa2 dan cepat sembuh yer sayang..Aunty sayang Aina... :-)

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

bawa gi spital kak sue...takut ada apa2. harapnya tak de apa2 la.... macam mana aina hari ni?

Sueriani Ali berkata...

saSha, eyta & fiza..
semalam aina dah boleh pijak simen.. dah tak nangis2 lagi bila saya pegang kaki dia.. Alhamdulillah, takde apa2 yg serius, bengkak pun dah surut sikit..

fisa othman berkata...

alhamdulillah aina tak de ape2...ari ni baru sempat baca..terkezut gak baca entry ni...

pzey yazid berkata...

cik su tulis blog cam tulis novel jer...heheh...

Sueriani Ali berkata...

fisa,
dah ok tapi masih kakinya masih kebiruan..

pzey,
formal sangat ke? supaya orang senang faham..

Lady of Leisure berkata...

cian aina... moga cepat sembuh ya.. dah bawak gi spital?

Sueriani Ali berkata...

hye lady..
alhamdulillah, kaki aina dah sembuh..
sib baik tak serius..

ummu berkata...

Salam Sue
alahai siannya Aina.sampai bengkak tu..moga aina tak apa-apa..
Sue,silakan ambil award di teratak saya ya.TQ